Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 30 Mac 2013

Rock OO Super Kinta Vs Komplek Yik Fong

Rock oo merupakan filem yang dah lama aku tunggu kemunculannya. Dalam perbualan aku dengan Mamat Khalid 3 tahun dulu di alam cyber..katanya dia memang nak hasilkan kesinambungan Filem rock yang pertama. Namun mungkin disebabkan kesukaran mendapatkan Que Haidar sebagai pelakon utama kerana beliau telah mengumumkan persaraannya daripada dunia Lakonan merencatkan perkembangan filem tersebut.
 
Tanpa Que Haidar maka filem Rock OO akan hilang sengatnya. Kerana Watak Amy Mat Piah yang dibawanya merupakan ikon yang akan melekat dalam minda peminat filem Rock yang pertama. Tanpa kelibat Que Haidar dalam Filem Rock OO sudah pasti peminat akan terasa kekurangannya filem tersebut. Semoga ada kesinambungan Filem Rock yang ketiga.
 
Ada banyak elemen mencuit hati dalam Rock OO ni...Paling aku suka gaya nyanyian dan goyangan badan pelakon tambahan yang menyanyikan lagu Malik Ridzuan secara miming yang bertajuk Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur ketika Rimba Bara dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Rasa nak berguling aku gelak.....
 
Satu lagi situasi yang menjadi trigger point untuk aku menonton filem ni berkali-kali ialah watak Pyan Habib yang berniaga kedai runcit. Lama tak tengok Pyan Habib di layar Perak. Walaupun ropanya berbeza sama sekali disebabkan faktor usia  semasa beliau berlakon dalam Kembara Seniman Jalanan  sebagai Osman Tikus namun caranya bercakap tetap sama. Ini yang uniknya..terutamanya dengan selambanya dia sound Amy Mat Piah "Balik pakai seluar, kasi Rock sikit".
 
Filem Mamat Khalid semuanya boleh jadi Evergreen...Tengok banyak kali pun tak jemu. Cerita Man Laksa tu dah berapa kali aku tengok tetap best dan tetap akan ketawa terbahak-bahak. Lagu-lagu yang ditampilkan dalam filem Rock OO juga cukup menangkap jiwa....terkenang-kenang Zaman kegemilangan Rock. Super Kinta banyak digunakana sebagai latar tempat Filem Rock OO. Memamg pada kegemilangan Zaman Rock Super Kinta merupakan port Rockers-rockers untuk berkumpul dan jamming.
 
Walaupun SYJ Studio terletak di Pasar Bulat tetapi Rockers tetap ke sana untuk Jamming kerana studio SYJ antara yang tercanggih pada ketika itu. Di Super kinta lah aku mengenali Abu May....Kumpulan TEJA dan  ramai lagi.... Rockers-rockers Manjoi antara yang paling ramai melepak di sini. Macam-macam gaya pakaian yang dapat kita lihat. Kalau nak cari accessorie Rock carilah di Komplek YiK Fong yang terletak berdepan dengan Super Kinta. Ramai juga kawan aku yang membeli tali pinggang besi, key merah, baju Iron Maideen dan Loudness di sini.
 
Banyak babak lakonan Rock OO yang di buat di Kopleks Yik Fong...Memang Yik Fong juga satu daripada lokasi rockers-rockers melepak....Hari ini Yik Fong menjadi syurga peminat-peminat perkakasan komputer... Bestnya Zaman itu....

5 ulasan:

  1. Cikgu, cerita ni saya tengok sampai 4 kali kot! Amy Mat Piah dengan Jijo Alfonso Parera Abdullah memang power. Pecah-pecah semuanya! HAHAHAHA

    BalasPadam
  2. Kalau tengok kat Astro first tak berapa feel sangat...tappi kalau tengok kat TGV memang rasa nak pecah perut gelak....apa pun harap-harap ada rock 3

    BalasPadam
  3. "Ni hanya Rockers jer boleh join....R.O.K.E.S...rockers'

    BalasPadam
  4. he he....balik rumah pakai seluar ...kasi rock...

    BalasPadam
  5. apa kabo orang manjoi!!!! hahahaha

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...