Nuffnang

Pengikut

Isnin, 22 Februari 2010

Van Sarsi


Semenjak mendapat tender membekal makanan bermasak di sebuah kantin di Pusat latihan Trolak maka ayah aku lebih selesa menggunakan van sebagai kenderaan utama. Labih mudah baginya untuk mengangkut pekerja dan barang ke kantin.


Secara tidak langsung inilah kenderaan rasmi keluarga aku. Pergi kemana-mana pun van inilah yang menjadi pengangkutan utama. Van dan aku memang dah sinonim. Kalau tak silap aku sehingga tamat kontrak kantin pun ayah aku masih menggunakan van sebagai kenderaan utama. Memang tak merasa naik kereda sedan. Cuma jenamanya sahaja yang berbeza. Kadang-kadang nissan, kadang-kadang ford, kadang-kadang tukar semula kepada nissan.


Vanlah kenderaan yang mula-mula aku gunakan untuk belajar memandu. Namun aku teringat satu kisah yang aku tidak akan lupakan sampai bila-bila tentang van. Semasa itu aku tinggal di asrama. Tinggal dia asrama ini memang jauh daripada emak dan ayah.


Sesekali emak dan ayah berkunjung menjenguk kita memang merupakan saat yang amat dinantikan. Seperti biasa setiap kali ada ibu bapa yang berkunjung untuk menemui anak mereka maka corong pembesar suara akan berbunyi dan mengumumkan seperti berikut "Diminta kepada Abdul Razak bin Harun pelajar tingkatan 1 datang ke bahagian hadapan pejabat kerana ada tetamu ingin berjumpa".


Sesiapa yang disebutkan nama akan berasa seronok kerana biasanya tetamu tersebut ialah ayah dan emak. Pada suatu pagi minggu aku menunggu kedatangan ayah dan emak aku yang biasanya akan datang berkunjung apabila cukup bulan. Tambahan pula agak lama juga ayah dan emak aku tidak berkunjung melawat aku sebelum itu. Memang rindu yang teramat sangat. tunggu punya tunggu ayah dan emak aku masih tak sampai.


Corong pembesar suara sudah kerap sangat mengumumkan nama pelajar yang lain. Namun tidak pula kedengaran nama aku. Sambil menunggu aku terlelap. Tiba-tiba seorang sahabat mengejutkan aku "Anjang van datang ada kat depan sekolah".


Punyalah seronok dah tentu ayah dan emak aku sudah tiba. Tanpa berlengah aku menuju ke bahagian hadapan sekolah dengan tergesa-gesa. Rasa lambat sangat langkah aku hari tu. Setiba aku dihadapan sekolah aku berasa hairan kerana tidak pula kelihatan van ayah aku. Jenuh juga aku mencari di hadapan sekolah, di bawah pokok berhampiran sekolah dan kawasan sekitar sekolah.


Aku mengambil keputusan untuk mencari semula sahabat yang memberitahu aku tentang kehadiran van ayah aku. Setelah berjumpa dengannya dia mengajak aku ke bahagian hadapan sekolah dan menunujukkkan kepada aku sebuah van. Kome tahu van apa?. Rupanya van sarsi yang menghantar air untuk mesin air automatik minuman berkarbonat untuk mesin di hadapan sekolah.


Cilaka punya @#$@#$$%%^. Ropanya dia nak mengenakan aku. Sampai hari ini apabila terpandang van yang ada gambar minuman berkarbonat aku pasti terimbau kenangan tersebut. Syabas aku ucapkan kepada sahabat aku. Lu memang world............

3 ulasan:

  1. haha..kenangan...kalo nampak van mayat?hehe

    BalasPadam
  2. Berbeza zaman kami Anjang....ayah saya hantar waktu pendaftaran masuk...tu lah hari pertama dan terakhir ayah jejak kaki di sekolah @asrama...(Itu pun tumpang kereta mini wagon arwah Ust.Adam...)
    Nak buat macamana..ayah hanya punyai basikal tua...Tak larat nak berkayuh dari Sungkai sampai Ipoh...he..he..he

    BalasPadam
  3. anjang...dashat kwn mike tu...hampeh dia tu..hehehe

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...