Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 1 Ogos 2009

Tragedi yang Tragis dan bergerigis


Satu hari orang rumah aku telefon "Abang ayah tak dapat hantar anak ke sekolah agama rakyat petang ni, sebab dia nak hantar anak sapa entah ke Tapah". Aku tanya lagi "Mana tau". "Tadi saya telefon makcik (emak baru aku),Makcik kata ayah nak hanto anak.... lepas tu talian telefon putus.

Dalam hati aku ok la tu. Mungkin Pak Cik Bakar atau Pak Cik Bedul (Best Friend ayah aku) suruh ayah aku hanto anak deme ke Tapah. Biasanya macam tu la . Kadang ke KL atau ke Ipoh dia tolong menghantar anak Pak Cik Bakar atau Pak Cik Bedul. Namun hati ni masih tertanya-tanya.

Memandangkan hari tu aku dan orang rumah ada mesyuarat selepas sekolah dan seperti biasa akan berlanjutan sehingga pukul 4.00 petang maka anak aku terpaksa dipontengkan daripada menghadiri sekolah agama rakyat pada waktu petang.

Dalam kepala aku masih berkata-kata anak siapa la yang ayah aku hanto. Anak pakcik Bedul atau anak Pak Cik Bakar atau anak orang lain. Ke Tapah pulak ke mana? Ke Hospital ke? atau ........ Macam-macam persoalan bermain di kepala.

Rasa tak sabor pulak nak balik. Nak tanya pada makcik aku ayah hanto anak sapa?. Nak telepon hand phone ayah memang susah. Namanya Handphone tapi selalu jadi house phone sebab kerap kali tinggal di rumah. Aku ambik keputusan anak-anak terpaksa dipontengkan.

Beginilah keadaannya kalau aku dan orag rumah ada mesyuarat serentak di sekolah pada waktu yang sama. Habis sahaja mesyuarat aku dan orang rumah terus menuju ke rumah ayah aku untuk mengambil anak bongsu aku yang sekolah Pra.

Dalam perjalanan ke rumah ayah aku untuk mengambil anak bongsu aku macam-macam perkara dan andaian yang aku bincangkan ngan orang-rumah. Hantor anak sapa? Ke Hospital ke? Sakit Apa? Sebab apa tergesa-gesa?. Macam-macam persoalan yang timbul. Sesampai sahaja di rumah ayah aku, aku dapati kereta ayah aku masih tak de.

Mungkin ayah aku menghantar anak kawannya ke Hospital. Tentu serius sakitnya ni .Kalau tak serius tentu ayah aku akan hantar anak aku ke sekolah agama dulu sebelum ke mana-mana. Di rumah ayah aku, Orang rumah aku terus bertanya kepada makcik aku "Ayah hanto anak sapa?".

"Anak getah" Jawab makcik aku. Orang rumah ngan aku saling berpandangan. Penat je aku berhujah dan berbincang ngan orang rumah tentang ayah aku. Persoalan dan kebimbangan yang menerpa ruang fikiran sejak orang rumah menelefon aku seolah-olah tak berbaloi dengan jawapan makcik aku.

Dalam kereta untuk pulang ke rumah aku dan orang rumah tak renti-renti kami ketawa. Anak bongsu aku pun hairan dan bertanya "Ngapa ayah dan emak ketawa?". Aku nak jawab pun susah. Anak Getah ha..ha..ha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...