Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 15 Ogos 2009

PESTA KONVO UPSI.











Seperti mana rutin biasa setiap hari jumaat aku akan menghantar dan menunggu isteri pergi kuliah mingguan di UPSI. UPSI terpaksa ditutup baru-baru ini kerana pandemik H1N1. Minggu ini agak meriah kerana ada pesta Konvo.

Namun pesta konvo UPSI tahun ni agak kurang meriah berbanding tahun lepas. Mungkin disebabkan H1N1. Namun aku tetap mengambil kesempatan meronda dari satu gerai ke satu gerai. Memerhati, membelek dan melihat pelbagai gelagat dan ragam manusia.

Aku sebenarnya tak pasti apa yang aku cari. Langkah kaki hanya mengikut denyut rasa menyusuri jalan-jalan yang sibuk dengan pelbagai jenis manusia. Kebanyak gerai menjual baju dan accesories wanita. Sudah tentu gerai-gerai seumpama itu tidak menarik minat ku.

Aku lebih memberi perhatian terhadap gerai buku. Setiap kedai yang ada menjual buku aku singgah. Maka terbanglah juga lebih seratus ringgit hanya untuk membeli buku. Antara buku yang membuka selera aku Pelik tapi benar dalam solat, Pencegahan penyakit jantung dari perspektif holistik, Sakit pinggang kaedah rawatan melalui prinsip pemulihan serta postur dan pergerakan dalam solat,senaman regangan dan pergerakan solat dan buku best sellers karangan pensyarah yang buat kajian saintifik ke atas solat yang bertajuk solat kebaikan dari perspektif sains.

Banyak dah buku yang aku beli, bacanya tak tahu entah bila. Dalam simpanan aku pun masih banyak buku yang belum terbaca. Habis meronda di bahagian gerai jualan barangan aku bergerak ke bahagian makanan. Apa yang aku temui hanya makanan yang biasa-biasa macam kat pasar malam.

Cuma ada sedikit kelainan di bahagian makanan tahun ni sebab A&W membuka gerainya di UPSI. Mungkin diaorang nak test market kat UPSI. Kalau sambutan menggalakkan mungkin A&W akan membuka kedai permanent di UPSI.

Cuma ada satu makanan yang aku kira agak lain dari yang lain. Iaitu Burger kukus dan nasi putih kukus. Aku akan ceritkan dalam entry yang seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...