Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 7 Ogos 2009

Mambang mabuk minum brandi


Anak murid aku yang sorang ni memang lama dah tak datang sekolah. Tiba-tiba minggu ni dia datang pulak. Seperti biasa dengan dia ni aku akan angkat tangan dan cakap hai. Dia pun akan balas balik angkat tangan juga. (Macam reporter ngan ketua penyamun kat pintu gua cerita Ali Baba Bujang Lapok).

Minggu ni aku banyak bagi latihan menyalin kepada pelajar-pelajar lemah ni. Pelajar aku yang sorang ni memang lemah. Lain yang aku bagi lain yang ditulisnya. Aku saja tunggu je apa dia nak tulis hari ini. Kalau tengok pada kesungguhannya memang dahsyat. Khusyuk angkat kepala tengok papan putih lepas tu tulis kat kertas. Angkat kepala tengok papan putih kemudian tulis kat kertas, Begitu lah yang dilakukannya selama lebih kurang setengah jam.

Sebenarnya aku agak terkejut macam mana dia boleh salin apa yang aku tulis sedangkan aku tahu memang tahap menulisnya amat lemah. Yang best tu apabila semua pelajar selesai menyalin dia pun selesai jugak. Maka aku pun terus menyemak buku pelajar lain satu persatu sehingga selesai.

Aku pun panggil dia dengan bahasa isyarat sebab dia ni sepatah haram cakap melayu dia tak tau. Dia pun datang dengan penuh bergaya dan bangga membawa kertas yang ditulisnya. Kome tau apa yang ditulisnya. Tengok tulisan tersebut di atas.

Aku pun rasa nak ketawa tapi aku pendam sebab tak nak mengcewakan dia. Serta-merta fikiran ku melayang mengingat cerita pendekar bujang lapok. Lain yang pendekar mustar baca lain yang di tulis ajis, ramli dan sudin.

"Hai mambang tanah, mambang pokok, mambang daun, mambang buah, mambang panjang, mambang pendek, mambang bujur, mambang melintang, mambang gemuk, mambang kurus, mambang tua...." Kata pendekar mustar "Betul kau ni buta huruf ajis".

Ramli pulak baca "hai mambang merah, mambang kuning, mambang putih, mambang biru, mambang cokelat, mambang hitam, mambang biru laut". Tanya Pendekar mustar "apa yang kau tulis, ramli" jawab ramli "tulis arab pakcik...."

Sudin pulak baca "hai mambang tanah,mambang air,mambang api,mambang angin, mambang mabuk minum brandi". Kata pendekar mustar "hai apa gambar orang-orang ni." jawab Ajis 'Ini buka orang ini mambang".

Aku tersenyum sendiri apabila mengingatkan cerita Pendekar Bujang Lapok dan apa yang anak murid aku tulis. Macam ada persamaan. Nasib baik la bukan pendekar mustar yang ajar anak murid aku ni. Kalau tidak mesti dia kata "Buta kayu"" mambang kepala hotak kau berjambul......"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...