Nuffnang

Pengikut

Isnin, 10 Ogos 2009

Aku suka keropok ni. Dulu le.......


Masa kecik-kecik dulu aku cukup suka makan keropok Spin ni. Kalau tak silap aku mula-mula aku membeli keropok Spin ni disebuah Emporium kat Ipoh (Kamdar sekarang). Rasanya memang sedap dan ada class.

Kalau tak silap aku juga dulu keropok ni di import dari Jepun dan bahan asasnya kentang. Mulai hari itu aku menjadi penggemar setia keropok tersebut. Di kedai-kedai biasa keropok ni tak de. jual Cuma ada di Emporium-emporium tertentu sahaja.

Masa aku kecik-kecik arwah emak aku ni berniaga jadi untuk mendapatkan bekalan barang-barang berniaga yang murah maka meratalah dia pergi. Kadang-kadang ke Ipoh, Teluk Intan dan Kuala Lumpur.

Kalau dia singgah ke Emporium apalagi aku pun mula mencari keropok Spin kegemaran aku. Semakin aku meningkat remaja keropok ni tiba-tiba tak de dalam pasaran ataupun aku yang tak jumpa sebabnya apabila aku ke Emporium yang biasa aku beli keropok ni aku dapati keropok Spin dah tak de.

Selepas beberapa lama keropok ni ada balik. Tapi rasanya tak sama sperti yang aku pernah makan dulu. Jauh sangat rasanya. Sekarang ni lagi le jauh rasanya. 1/10 daripada rasa asal pun tak de.

Sekarang ni keropok ni amt kuat rasa bahan perasanya. Aku belipun setakat nak rasa je. Di samping itu macam-macam syarikat yang jual keropok ni. Mungkin untuk mendapatkan keropok spin yang asal dan original aku perlu cari Doraemon untuk mendapatkan mesin pembuat keropok Spin ataupun pergi ke Jepun utuk mencari keropok ni. Kot-kot ada lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...