Nuffnang

Pengikut

Rabu, 12 Ogos 2009

Travelog Haji -Muhd Kamil Ibrahim


Bulan lepas sahaja aku telah membaca dua buah buku travelog. Menurut kamus Oxford Travelog ialah filem, buku dan sebagainya tentang perjalanan seseorang. Aku lebih senang dengan buku-buku travelog kerana gaya bahasa dan penyampaiannya yang santai menarik kita seolah-olah kita turut sama merasai perjalanan sesuatu cerita.

Bulan lepas sahaja aku sempat membaca 2 buah buku Travelog yang aku kira bagus bangat.
Kedua-dua buku tersebut memberi kesan yang mendalam kepada hati dan nurani aku. Kesannya itu sampai ke lubuk hati yang terdalam. Kata H.M. Tuah Iskandar sampai ke hati kecil.

Buku travelog pertama yang aku baca karangan Hasrizal Abdul Jamil Rindu Bau Pohon Tin. Buku yang kedua Abdul Rahman Mohamed Travelog seorang Dai. Kedua-duanya amat best kandungannya. Membuai jiwa dan perasaan seolah-olah aku berada sama di tempat kejadian.

Dalam kesibukan yang teramat sangat bulan ini sempat juga aku membaca buku tentang Travelog Haji karangan Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini juga teramat bagus penulisannya hingga bisa menumpahkan air mata aku beberapa kali tanpa disedari.

Masih berbekas air mata ku di helaian-helaian yang amat menyentuh jiwa. Aku terheret sama dalam cerita tersebut seoalah-olah aku betul-betul berada disisi penulisnya. Aku pun tak tau mengapa aku begitu terharu dengan cerita-cerita yang di tulis.

Dari satu bab ke satu bab aku terus mambaca tanpa henti kerana perasaan yang membuak-buak ingin tahu apa cerita yang sterusnya. Bagi aku ada kelainan dalam penyampaiannya walau pun subjek maternya dah banyak di tulis oleh penulis lain.

Bagi aku penulis ini menulis dari hatinya yang tulus dan ikhlas. Dari hati penulis yang tulus dan ikhlas sampai ke hati kecil kita. Banyak juga buku yang aku dah baca. Tapi yang ni aku rasa lain dari yang lain. Ada sentuhan magisnya yang bisa meruntun jiwa.

Semoga penulis ini terus menulis buku-buku seumpama ini dan kekalkan gaya penyampaian yang bersahaja dan santai. Kalau ditakdirkan aku menulis buku mungkin aku juga akan gunakan gaya penulisan buku-buku travelog ini ditulis.

Kerana pada aku cara penulisan seperti ini menjadikan penulis lebih dekat dengan pembaca. Pembaca seolah-olah diajak sama masuk ke dalam cerita tersebut. Insyallah material penulisan telah banyak ku kumpulkan.

Cuma menunggu masa untuk diolah dan dicantikkan dengan bumbu-bumbu yang bisa menarik dan menangkap pemikiran pembaca agar sama-sama terlibat dalam penceritaan yang bakal aku tulis nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...