Nuffnang

Pengikut

Isnin, 17 Ogos 2009

Kundeh@kundas@cekembung


Selepas makan tengah hari di rumah bapa saudara aku tersandar kekenyangan. Dalam kepala aku ni pada mulanya memang aku nak mengelak makan tengah hari tersebut memandangkan perut masih kenyang tambahan menunya semua high kolestrol.

Oleh kerana begitu bersungguh-sungguh dia mengajak aku makan, maka terpaksa lah juga aku menyuap nasi dalam keadaan yang tidak rela. Aku juga kesian melihatkan bertapa besusah payahnya beliau menyediakan masakan semata-mata untuk aku sekaluarga.

Sebelu bertolak dari rumahnya kami dihidangkan pulak dengan kuih kundeh@kundas. Kuih ni memang favourite aku apatah lagi apabila dihidangkan dengan kuah kacang. Makan lagi...., Aku rasa lah jugak seketul kecil. Memang nalerke.

Kalau di tempat bapa mertua aku kuih ni di sebut kuih cekembung. Bapa mertua aku pun suka membeli kuih ni. Menurut bapa saudara aku kundeh ni merupakan perkataan India muslim yang bermaksud......... tak sempat pulak aku nak tanya.

Apa pun kuih ni memang best dan memang dabom. Makan kuih ni teringat aku Zam Domo. Agak-gak mengapa eh?.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...