Nuffnang

Pengikut

Selasa, 18 Ogos 2009

Selamat Bersara Kak An














Persaraan Cikgu Norehan Khalid atau lebih mesra dengan panggilan Kak An berlangsung dalam suasana yang meriah. Semua pihak memberikan kerjasama pada tahap terbaik dalam menjayakan majlis persaraan ini. Aku memang all out bagi memastikan majlis ini berjalan degan lancar.

Biarlah majlis persaraan ini menjadi kenangan terindah buat Kak An. Anak jati sungkai ini seorang yang sangat teratur dalam setiap gerak-geri dan tindakannya. Malah tutur katanya tak de satu pun yang menyinggung perasaan orang lain.

Merupakan guru lepasan Maktab Perguruan Gaya Sabah. Memulakan karier perguruannya di Sabah. Seterusnya ke SMK Trolak Selatan, SMK Choong Hua Bidor, SMK Sungkai dan berakhir di SMK. Sg. Kruit.

Guru ERT yang amat dedikasi dan disenangi oleh semua murid-murid. Malahan semua guru turut menyenangi perwatakan beliau yang baik bangat itu. Aku tak de apa-apa yang diucapkan kecuali Selamat Bersara semoga panjang umur dan diberkati kehidupan hari-hari yang mendatang. Selamat bersara kak An.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...