Nuffnang

Pengikut

Isnin, 10 Ogos 2009

Kuchi Kuchi kenyang he.......








Semalam aku ke Ipoh. Tapi aku tak ikut Highway. Aku menyusuri jalan lama. Sebabnya aku bercadang nak minum pagi kat mana-mana kedai Capati di Jalan Temoh. Capati kat sini memang mengancam dan terangkat.

Tepat pukul 10.00 aku sekeluarga sampai ke ke Capati Corner. Selain terkenal dengan Capati kedai ni turut menjual nasi kandar dengan aneka jenis lauk ala-ala Bolywood gitu. Memang tergoda aku ngan lauk-lauk. Cuma dalam hati kata sabar...

Aku dah orang rumah order Capati kosong (tanpa sapuan planta). Aku rasa ini antara capati yang paling sedap aku pernah makan. Memang Marvellous, nalerke, unggelede nalade, Nai chop. Namun Capati Gunung Rapat masih yang paling sedap.

Kedai ni terletak di simpang jalan ke Chenderiang. Kalau dari Tapah Sebelah kanan. Kalau dari Kampar atau Ipoh sebelah kiri. Ramai orang yang nak ke Lata Kinjang akan singgah di kedai ni sama ada masa nak balik atau nak pergi.

Selain itu TV kat sini tak de cerita lain. Kalau tak cerita hindustan dia akan tayangkan lagu hindustan. Taukehnya pun ala-ala shah rukh khan. Ada seorang waiter perempuan tu iras-iras heroin hindustan. Aku dah lupa namanya. Makum le lama tak nengok cerita Hindustan.

Kalau kome nak rasa capati yang sedap sambil dibuai dengan lagu-lagu Bollywood datang ke sini. Gerenti puas hati he. Tum pasa ai. Kuchi kuchi kenyang he.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...