Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 16 Mei 2009

TABIB USTAZ HAJI FAIRUZ BIN MOHAMED



Dulu-dulu kalau aku pergi mana-mana ceramah yang open air, aku pasti akan mengunjungi gerai ni. Sebab produknya unik. Aku rasa dia sorang je dalam market yang ada buat produk macam ni. Kalau dulu setiap kali buka kedai bawah payung macam pasar malam tu dia akan bawak satu benda macam obor-obor warna putih dalam bekas plastik.

Aku pernah tanya dia apa bendanya tu. Katanya itu lah ramuan utama dalam produknya.Benda ni di bagi makan gula. Semua produknya pada ketika itu untuk rawatan mata terutamnya mengurangkan power cermin mata. Jenama produknya Qurrotaaini.

Kat MIHAS ni aku ternampak sau iklan rawatan mata terang hanya 2 minit. Bila aku tengok dekat booth ni ternampak la taukehnya Tabib Ustaz Haji Fairus bin Mohamed dengan topi uniknya tu sedang merawat pesakit mata. Macam-macam produk dah ada selain produk untuk mata.

Daripada pemerhatian aku perniagaannya semakin maju dan berkembang berbanding 10 tahun dulu. Tahniah, aku amat suka tengok kemajuan usahawan bumiputra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...