Nuffnang

Pengikut

Ahad, 31 Mei 2009

Selamat pengantin baru Mas 30.5.2009













Mulanya je cuti sekolah maka berderet-deret lah walimatulurus. Hari ini kat tempat aku sahaja ada 3 walimatulurus serentak. Tak dapat jugak nak pergi mana-mana kenduri kahwin sebab terpaksa menghantar anak ke Kursus Motivasi Skor A anjuran Bank Rakyat bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.

Semalam aku ke Walimatulurus sepupu aku Mas di Changkat Sodang Sri Iskandar Perak. Aku dan family berada di sana dari pagi sampai la ke lewat petang. Suasana majlis sangat,sangat dan sangat meriah. Aku rasa orang yang datang tak berhenti-henti. Khemah yang disediakan sentiasa bersislih ganti orang. Rasanya dah 2 ke 3 kenduri yang lepas-lepas pun macam ni lah siuasananya. Memang Happening.

Walaupun khidmat Catering digunakan namun suasana kemeriahannya tak pernah kurang. Makanan dihidangkan kepada tetamu yang datang. Orang akan lebih rasa dihargai dan rasa lebih nilai layanan kalau dibandingkan dengan buffet. Aku rasa Buffet berapa tak sesuai untuk kenduri kahwin. Terutamanya dalam masyarakat melayu yang penuh nilai adab kesopanan dan menebal nilai ketimurannya.

Walaupun mudah,senang dan menjimatkan masa, tenaga dan wang. Tetapi bagi pengunjung yang datang seolah-olah terbiar dan tidak diraikan. Akhir-akhir ini trend buffet dah mula bertukar trend hidang. Banyak kenduri kahwin yang aku hadir dah mula kembali kepada trend hidang. Catering-catering yang adapun dah mula menawarkan khidmat menghidang dengan harga yang berpatutan.

Semoga budaya gotong-royong dan menghidang ini kembali subur kerana inilah yang mengukkuhkan asas-asas sendi budaya melayu dan mewujudkan serta mengukuhkan semangat persaudaraan dan kerjasama yang tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...