Nuffnang

Pengikut

Khamis, 28 Mei 2009

HUBUNGAN INTIM (SEKS)


Kadang-kadang kita mengharapkan sesuatu yang fantastic dalam hubungan suami isteri. Tapi kita tak pernah bercakap dan berbincang ngan isteri tentang apa yang kita hendak. Kalau masa bercinta dulu macam-macam perkara dibincangkan ada je isunya. Kadang-kadang perkara-perkara yang tak sepatutnya pun dibincangkan.

Apabila dah jadi suami isteri kadang-kadang kita lebih banyak diam, kurang berbincang, memendam rasa. Kadang-kadang kita teringin juga perkara-perkara kejutan daripada isteri ke atas kita. Namun memang dah jadi penyakit kita takkan bagi tau dia apa yang kita hendak sebenarnya.

Malahan seolah-olah menjadi taboo kepada kita untuk berbicara dan berbincang dengan isteri tentang perkara sulit atau lebih tepat perkara yang ada relate dengan hubungan intim (SEKS). Kadang-kadag sesetengah orang aku tengok ditempat kerja bukan main lagi mengucapkan bahasa-bahasa, ayat-ayat atau perkataan-perkataan berunsur lucah. Kadang-kadang takut kita mendengornya.

Sedangkan dengan isteri sendiri tak pernah kita berbincang tentang apa yang kita hendak dan apa yang dia inginkan dalam hubungan intim. Aku rasa tak de salahnya berbincang tentang perkara-perkara tersebut kerana ini akan menjadikan rumah tangga yang lebih aman dan tenteram. Apa komen kawan-kawan?, Bila keluar cerita-cerita macam ni aku mesti ingat Benjo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...