Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 16 Mei 2009

2 Tokoh di MIHAS 2009




Ada 2 tokoh yang sempat aku jumpa di MIHAS 2009. Seorang tokoh dalam bidang politik yang merupakan timbalan menteri sekarang. MIHAS nI pun bawah kementerian dia la. Apa lagi bile pak menteri turun sudah tentu kawalannya ketat.

Namun sempat juga aku snap gambarnya di celah-celah berpuluh-puluh wartawan yang ada. Pomoter-promoter pun sibuklah mempromote barang masing-masing. Kat tangan body guard pak menteri ni penuh dengan pelbagai jenis barang,hadiah dan cenderamata yang dia dapat. Pak menteri tersebut ialah Mukriz Mahathir.

Seorang lagi yang tak banyak bodyguard jaga dia ialah Ustaz Akil Hayy. Sempat la aku salam ngan dia. Nak je rasa aku nyanyi lagi D`Riyadh kat dia. Di alam maya ini, rintihan bersemadi, dalam mengejari syurga di duniawi.... bait-bait lagu Akil Hayyy masa dia masih rock dulu.

Apa-apa pun kalau dah celebriti tu ramai lah orang berkerumun nak bersalaman, ambil gambar dan sain autograf. Aku yang tak minta autograf pun dapat juga autograf. Yeh....Yeh.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...