Nuffnang

Pengikut

Selasa, 26 Mei 2009

BALASUNGKAWA SAIDIN BIN BAHARUM


Bulan ni sahaja ada lima kematian berlaku di tempat taku. Bulan lepas ada empat kematian. Tadi semasa aku mengiringi jenazah ke kubur banyak kubur-kubur baru yang masih merah tanahnya. Tak sampai seminggu aku menulis artikel tentang jiran aku yang meninggal, hari ni sorang lagi jiran aku meninggal dunia.

Aku memanggil pakcik ni dengan nama pakcik saidin. Di tempat aku dia dikenali dengan nama Saidin Zan. Masa mula-mula tempat ni diteroka keluarga aku dengan keluarga pakcik saidin macam isi ngan kuku. Dalam seminggu kadang sampai dua tiga kali keluarga aku pergi ke umah pakcik ni.

Aku masih ingat lagi peristiwa rombongan ke Cameron Highland masa umur aku 6 tahun. Arwah emak aku dan isteri pakcik saidin (aku panggil makcik zan) ni lah yang merancang rombongan. Zaman tu rombongan memang Happening dan pasti mendapat sambutan menggalakkan.

Seterusnya banyak aktiviti kemasyarakatan yang sama-sama arwah emak aku dan mak cik zan ni terlibat sama. Seterusnya Makcik Zan dan Pakcik Saidin gigih mengusahakan perusahaan kicap,cili sos dan tomato sos atas jenama DinZan. Dipasarkan dimerata-rata tempat. Aku salute denga usaha ini sebab hingga kini perusahaan tu masih bertahan.

Satu lagi yang istimewanya rumah Pakcik Saidin ni selalu je ada orang yang berkunjung mungkin kerana sikap keramahan. Semua orang senang dengan pakcik dan makcik ni. Apa pun sama-sama lah kita menghadiahkan alfatihah kepada arwah Pak Cik Saidin. Al-Fatihah........

Pakcik Saidin ni pernah dirawat secara personally oleh taukeh HPA mai secawan Hj. Ismail semasa dia kena ketumbuhan dalam otak dulu. Mak cik Zan ni memang rapat sangat ngan HJ. Ismail HPA. Masa aku jadi stokis HPA makcik zan nilah upline aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...