Nuffnang

Pengikut

Isnin, 25 Mei 2009

AGRO BAZAAR R&R ULU BERNAM



Memang dah jadi trend sekarang ni di mana-mana R&R mesti ada Agro Bazaar. Aku memang tak pernah masuk ke Agro Bazaar ni. Agro Bazaar ni di bawah kendalian FAMA. Namun bila aku singgah ke R&R Ulu Bernam aku cuba jengok-jengok apa yang ada kat Agor bazaar.

Apa yang aku perhatikan banyak produk-produk IKS yang dijual disini. Memang sesuaiah untuk dijadikan ole-ole. Produk asas tani terutamnya IKS Bumiputra banyak dijual disini. Kita kena sokong ni. Di sini terdapat juga produk-produk cenderamata dengan harga yang berpatutan.

Selain itu terdapat juga kedai makan. Namanya agak unik sikit "Tuuuu dia Pak Tam Sedap bagi tau kawan tak sedap bagi tau Pak Tam". Pak Tam ni ada kedai makan yang besar di Selayang depan Stadium Selayang. Memang sedap masakan dia. Kalau ke Selayang selalu juga aku singgah kedai dia. Apa lagi pekena sup la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...