Nuffnang

Pengikut

Khamis, 28 Mei 2009

First Love

Apa jadi tiba-tiba awek lama kita atau lebih tepat first love kita tiba-tiba muncul semula dalam hidup kita. Mungkin dulu dia berkahwin sekarang dah solo mungkin disebabkan cerai hidup atau cerai mati. Kemudian dia berhasrat untuk menjalin semula hubungan ngan kita.

Kata member aku Zayyat dia sanggup ambil awek lama dia jadi isteri nombor dua. Pernah kah kita terfikir perkara tersebut mungkin berlaku atau akan berlaku pada masa hadapan. Takut juga nak memikirkannya. Sekarang boleh le cakap tak hendak. Bila dah di depan mata susah juga nak cakap.

Namun bagi aku kita fikirkanlah kembali saat jatuh, bangun, susah dan senang dengan isteri yang ada. Kalau ikutkan perasaan memang tak pernah cukup. Namun fikirkan kesusahan dan kepenatan menguruskan segenap kehidupan rumah tangga. Menyediakan makanan, membasuh baju anak-anak, menggosok baju anak-anak dan kadang-kadang menghantar anak-anak ke sekolah.

Semuanya menuntut penggunaan tenaga dan emosi yang tinggi apatah lagi bagi isteri yang berkerjaya. Tahap kestressannya juga tinggi. Kadang-kadang bila isteri pergi kursus 2-3 hari semua benda rutin terpaksa kita take over. Masa tu baru lah kita dapat rasa bertapa susah, penat dan tak laratnya menguruskan urusan-urusan seharian.

Namun aku teringat bait-bait lagu Suhaimi Mior Hassan Apabila isteri ku tertawa. Apabila tengok isteri ketawa,senyum dan gembira itulah saat yang menyeronokkan dan auranya satu rumah. Kalau diam tak mau bercakap dan bad mood auranya juga kena pada seluruh ahli keluarga. Dia atas aku nukilkan lirik lagu tersebut untuk renungan kita yang bernama Suami....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...