Nuffnang

Pengikut

Khamis, 28 Mei 2009

Cinta Sekolah


Aku banyak menyaksikan keruntuhan rumah tangga kawan-kawan dan kawan kepada kawan. Banyak punca berlakunya perceraian. Ada berpunca kes ekonomi, ada punca kes main kayu tiga, ada kes isteri sukakan orang lain dan tak kurangnya atas sebab-sebab yang remeh.

Ada satu kes yang melibatkan kawan aku. Walaupun lama dah tak jumpa ngan dia ni, bila sekali aku jumpa dia terkejut aku bila dia cakap dia dah solo. Kesnya kerana suaminya bercinta dan akhirnya berkahwin dengan anak murid sendiri. Sedangkan dulu inilah pasangan yang tak boleh dipisahkan. Ke mana pergi bersama. Siang, malam, pagi dan petang. Melekat je....

Sebenornya bab bercinta ngan anak murid ni bukan masalah baru. Kalau kome nak tau terutamanya di sekolah menengah budaknya mengancam. Kalau tak kuat iman mau mukarram di lautan nikmat. Kadang-kadang budak yang ngorat cikgu. Kome percaya aku yang tak berapa qute tan fotorgenik ni pernah kena ngorat ngan student.

Apa tah lagi cikgu-cikgu yang ala-la hindustan dan pan Asia. Ada sorang lagi saudara aku yang mirip nasir bilal khan hampir porak-peranda rumah tangga kerana ada anak murid yang minat kat dia dan mula mengungkap ayat-ayat cinta. Bila isteri tau, perang besar la. Situasinya macam lagu Anita Sarawak."You know apa yang jadi pada satu hari, hai perang besar you see". Sampai handphone pun bini pegang. Memang parah bro!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...