Nuffnang

Pengikut

Ahad, 31 Mei 2009

MAZWAN ANAK GAJAH

Semasa aku terlibat sambutan hari guru peringkat daerah tidak berapa lama dulu aku dah mula mendengar tentang kehebatan dan kemerduan suara seorang pelajar asli ni. Kemudian aku dipindahkah (dipaksa pindah) dengan alasan Cikgu Lebih (lesen besor bagi sekolah untuk memindahkan cikgu yang tidak disukai,kaki melawan dan menyusahkan pentadbir).

Semasa aku di sekolah baru di Tapah aku dapat menyaksikan secara lebih dekat kehebatan dan kelunakan suara Mazwan anak Gajah. Tapi masa tu suaranya agak teganggu sebab mungkin perubahan umur baligh. Suaranya agak pecah dan kasar namun kemerduan tu masih ada.

Setiap kali ada persembahan peringkat sekolah dan daerah nama Mazwan pasti ada dalam senarai. Malahan RTM Ipoh juga kerap memanggil Mazwan untuk membuat persembahan. Pada tahuan lepas Mazwan mencuba nasibnya dalam ujibakat AF7. Semua peringkat dia lepas namun Astro tak boleh ambik sebab dia masih belajar lagi. Astro mintak dia datang lagi tahun hadapan.

Aku rasa tahun depan Mazwan mesti tersenarai sebagai pelajar AF pertama di kalangan orang asli. Mana tahu tiba-tiba jadi johan pulak dia. Orang asli pertama di AF memang satu sejarah dalam industri seni negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...