Nuffnang

Pengikut

Rabu, 6 Mei 2009

Ketam apa? Ketam batu..........


Hari ini aku jadi bidan terjun sebagai juruteknik siaraya untuk satu acara peringkat daerah. Aku tak tahu di mana silapnya semasa pertandingan nasyid anti dadah microfone penyanyi utama tak kedengaran jelas. Sebab acara tu berlaku di sekolah aku, maka aku cuba membantu untuk menyelamatkan imej selaku tuan rumah.

Dari awal lagi aku mendapati pelbagai kekurangan dalam pertandingan ini. Daripada segi persediaan juruacara, peralatan siaraya, koordinasi urusetia ngan krew. Pendek kata semuanya menyedihkan dan tidak teratur.

Aku teringat event-event macam ni sepatutnya memerlukan perancangan yang teliti. Perlu ada aturcara pentadbiran majlis (Terima kasih arwah Che` Wan yang mengajar aku tentang aturcara pentadbiran majlis). Skrip untuk krew (bukan skrip juruacara) yang perlu diselaraskan dengan skrip juruacara. Semua benda remeh inilah yeng melancarkan perjalanan majlis.

Aku teringat antara Event besar yang pernah aku anjurkan. Antaranya Ekspo Perak UKM, Sepetang di Perak (Persembahan kebudayaan pusat keudayaan Perak) dan Majlis Santapan Di raja bersama Raja Nazrin semuanya berjalan lancar bila ada benda-benda yang remeh macam ni.

Bagi aku tak benda ni tak remeh kerana inilah yang menjadi kunci kelicinan sesuatu event yang dijalankan. Event di atas aku jalankan untuk persatuan anak perak UKM (PERMADARI). Kemudian ada beberapa event lagi yang kau buat secara one man show. Juga guna formula yang sama. Antaranya Ekspo buku dan Komputer UKM tiga tahun berturut-turut.

Di IPSI aku dan group KPLI anjurkan malam apresiasi seni bersama pusat kebudayaan perak, konsert KDPK dan banyak lagi. Juga guna formula yang sama. Alhamdulillah walaupun team yang bekerja tak ramai tapi ia berjalan lancar.

Sebelum tu pelbagai seminar pembelajaran dan motivasi yang aku buat sorang-sorang juga berjalan lancar walaupun kadang-kadang seminar tu diadakan di lokasi yang jauh seperti johor, negeri sembilan dan Ipoh. Bukan aku nak menunjukm kehebatan atau bangga diri. Tapi aku tak paham bila melibatkan acara jabatan kerajaan mesti spoil.

Sedangkan agensi kerajaan ada semua kemudahan, duit dan main power yang banyak. Kalau tengok senarai AJK tak muat satu mukasurat tapi tak function. Mengapa dan kenapa aku memang tak paham. Adakah sesuatu yang dibuat sekadar melepas batuk ditangga atau janji buat je. Aku tak boleh tengok kalau satu-satu benda tu di buat sambil lewa dalam keadaan kita mempunyai semua kemudahan dan kelengkapan.

Nak cakap pun susah kita ni balaci@kuli batak@orang tak berpangkat@orang bawah@golongan marhain je. Sedangkan mereka itu orang atas yang aku kira sebenarnya tak tau buat kerja dan tidak terdedah dengan kerja-kerja lapangan yang mencabar. Itu tak pa kalau mau belajar dan menerima pandangan. Ini berlagak pandai piirah.

Ini lah akan jadi bila sistem senioriti diguna pakai bukan meritokrasi. Yang tak tau apa-apa mengarah orang yang tau. Memang la ketam......ketam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...