Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 6 Jun 2009

Yamcha di Sungei Palas













Selepas menyelesaikan urusan di pejabat tanah Tapah aku menjenguk bapa saudara aku dari Trengganu yang pulang bercuti di Kampung Jambai, Tapah. Kira-kira setengah jam di sana aku minta diri untuk bertolak ke Ipoh. Oleh kerana urusan di Ipoh selesai awal maka aku mula terbayang keenakan Teh Boh di Sungei Palas.

Setelah mendapat persetujuan orang rumah aku pun bergerak menuju ke puncak Cameron melalui Simpang Pulai. Memandangkan Ladang Teh Sungei Palas akan ditutup pada pukul 4.30 petang maka aku perlu bergerak pantas. Aku tiba di sana sebelum 4.30 petang. Kalau tidak melepas lah aku nak merasa kesedapan dan kesegaran teh Sungei Palas.

Kereta yang keluar dan masuk dari Sungei Palas agak banyak. Terpaksa berhati -hati sebab jalan sempit. Sampai di Sungei Palas aku terus order teh kegemaran aku bersama dengan makanan seperti sekon, aple pai, kek coklat dan coconut cookies. Pada petang itu kami sekeluarga menikmati minum petang dalam suasana kesejukan di Sungei Palas

Namun entah mengapa teh yang aku minum tak selazat semasa kali terakhir aku datang sini empat tahun yang lalu. Aku mencari sebabnya, namun tak bertemu jawapan. Namun satu perkara yang aku rasa menjadi penyebabnya ialah faktor pertambahan jumlah pengunjung yang berkunjung ke sini.

Apa yang aku perhatikan jumlah pengunjung semakin ramai berbanding dahulu. Mungkin disebabkan oleh pelbagai kemudahan yang disediakan oleh syarikat Teh Boh. menarik jumlah pengununjung yang ramai. Kalau dulu penyediaan teh lebih detail dan berhati-hati demi menjaga rasa dan kualitinya.

Kini apa yang aku lihat semua disediakan secara cepat dan lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti. Mungkin Teh yang aku minum sekarang tidak sesegar dan sesedap 4 tahun dulu. Aku juga pernah minum teh disini 12 tahun lalu semasa honeymoon.

Masa tu pengunjung masih tak ramai. Teh disediakan secara tradisional dan aku ingat lagi minum teh di meja yang yang disediakan di bawah pokok besar mengadap kehijauan ladang teh yang luas terbentang. Suasana sejuk jelas terasa. Duduk berdua sambil menghirup teh panas .Romantiknya.... Terasa macam minum kat Europe la pulak.

Namun kini semuanya berubah diratah kemodenan, pembaharuan dan tuntutan komersial. Kalau anda berkunjung ke Cameron Highland tak sah kalau anda tak berkunjung ke Ladang Teh Sungei Palas. Bagi aku Cameron Highland itu ladang sayur, strawberi dan Ladang Teh Sungei Palas serta kenangan berHoneymoon. Sejuuuuukkkkkkkkk nya.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...