Nuffnang

Pengikut

Isnin, 1 Jun 2009

Rumah Bangla dan Cili Cot

Kepada yang pertama kali naik kapal terbang, jangan pakai seat belt macam ni.. huhuhu. Kome tengok muka bangla tu selamba je macam tak de apa-apa. Dia ingat seat belt kapal terbang macam seat belt kereta agaknya

RUMAH BANGLA DAN CILI COT

Anak aku yang nombor tiga ni agak bermasalah menyebut perkataan tertentu. Walaupun dah masuk darjah dua namum terdapat beberapa sebutannya yang masih tak betul. Kadang-kadang sebutannya itu amat melucukan hati aku. Kadang-kadang bagus juga sebab banyak vocab baru yang pelik-pelik aku dapat dengo.

Aku teringat juga tentang opah aku yang selalu sebut cili sos sebagai cili cot. Hari Krismas jadi Hari krismis. Pernah sekali aku tengah makan jemput-jemput kemudian opah aku bersuara "Cuba cicah jemput tu ngan cili cot tu sedap sikit". Aku memang nak ketawa tapi tak sampai hati. Tapi terpaksa tahan ketawa tu.

Antara sebutan anak aku yang selalu aku dengo lain macam bunyinya ialah sekolah kebangsaan disebut sekolah kebangkaan. Mayonese disebut menonet. Tengok di sebut tengot. Harimau disebut kalimau dan macam-macam lagi. Kadang-kadang sebutan anak aku nombor empat lebih lancar dan betul sebutannya.

Tadi semasa aku memandu di sebuah kawasan perumahan di Bidor tiba-tiba dia bersuara. "Emak Cikgu Linda tu tinggal kat rumah BANGLA macam ni la" Sambil dia mununjukkan ke satu rumah. Aku pun heran jugak ada pulak rumah bangla kat sini. Setahu aku disitu tak de bangla tinggal sebab kawasan tu agak elit juga. Dalam hati terus berkata-kata "Rumah Bangla?" lama aku fikir baru aku dapat tangkap maksudnnya. Bangla yang dimaksudkan anak aku tu ialah Bunglo.(Rumah Bunglo)

Bermakna dia keliru antara sebutan bangla dan bunglo. Perkataan bangla dia selalu dengo. Sementara perkataan Bunglo mungkin sekali-sekali dengo. Maka perkataan Bunglo jadi bangla. Apa lagi satu kereta aku, orang rumah dan anak-anak yang lain ketawa. Yang best tu tanpa ada rasa apa-apa dia sambung lagi cerita "Tapi sekarang dia tak tinggal rumah bangla, dia dah tinggal rumah kuarters". Apa lagi lagi kuat la kami sekeluarga ketawa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...