Nuffnang

Pengikut

Ahad, 14 Jun 2009

Nyamuk Ajaib

Nyamuk makhluk yang paling kecil. Malah berkali-kali jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan saiz Zayyat dan Ir. Kamaluddin Abdul Aziz (Cekemut). Kalau Saiz Zam atau saiz aku sudah tentu jauh lebih kecilnya. Tetapi bunyi nya mampu merungsingkan kita.

Namun nyamuk ada juga kebaikannya kerana dia mampu menghadirkan dan menerbitkan rasa kasih sayang yang lebih mendalam antara seorang ibu dan anak. Buktinya masa kita kecil punya lah bersusah payah emak kita menjaga kita daripada gigitan nyamuk. Kalau ada satu tanda gigitan nyamuk di pipi atau mana-mana bahagian badan emak kita dah mula risau.

Walaubagaimanapun kadang-kadang kehadirannya juga digeruni manusia kerana gigitannya mampu membawa pelbagai penyakit kepada manusia. Cuma ada satu persoalan yang dah lama bermain di fikiran aku. Macam mana nyamuk ni boleh nampak manusia dalam gelap.? Dan gigitannya tepat pulak tu. Kadang-kadang lagi kecil nyamuk tu lagi gatal gigitannya.

Tak pernah pulak dia tersilap gigit. Terigit tilam ke tergigit bantal ke atau tergigit katil. Walaupun dalam keadaan gelap pekat dan gelemat dia masih mampu menggigit manusia. Hairan bin ajaib kan. Memang fening nak jawab. Aku rasa kawan aku mat serba tau Ikmarudin (Sekarang PTD kat Parlimen) pun tak boleh jawab ni.

Namun sedang aku belek-belek buku tulisan Harun yahya. Aku terjumpa jawapannya. Seronok betui aku. Kemusykilan yang lama bersarang di kepala ini terhurai juga akhirnya. Rupanya nyamuk ni dikurniakan oleh Allah satu kebolehan istimewa boleh mengesan manusia dalam gelap berdasarkan bentuk haba.

Kaedahnya macam kamera pengesan haba yang boleh nampak orang pada waktu malam. Berdasarkan kebolehan nyamuk inilah yang memberikan ilham kepada manusia untuk mereka cipta kamera pengesan haba pada waktu malam atau gelap.

Malahan nyamuk lebih canggih dia boleh nampak urat-urat darah manusia yang bakal menjadi sasarannya untuk menghisap darah walaupun dalam keadaan gelap. Selain itu pada nyamuk ada peralatn yang membantu kerja utamanya menghisap darah.

Bagaimana agaknya ya?Rupanya pada nyamuk ada gergaji kecil yang digunakan untuk mengergaji kulit manusia sebelum memasukkan jarum seumpama picagari yang boleh menghisap darah manusia.

Bayangkan hebatnya teknologi kejuruteraan yang dianugerahkan tuhan kepada nyamuk. Tetapi maknusia sebenarnya jauh lebih hebat. Kita mampu meniru teknologi nyamuk tetapi nyamuk tak mampu meniru teknologi manusia.

Dan kalau kita berfikir lebih dalam tentang nyamuk, siapa pula yang mengilhamkan kepadanya untuk bertindak dengan sifat-sifat dan kelakuan yang sedemikian. Maka tidak lain tidakbukan jawapannya Allah S.W.T. Itu belum lagi kalau kita kaji tentang rahsia alam yang lebih besar yang masih terlampau sedikit pengetahuan dan ilmu manusia untuk mampu membongkar rahsianya.

Cerita-cerita macam ni aku memang suka ceritakan kepada anak murid aku. Semoga mereka berfikir dan terus berfikir agar mendapat sedikit pengajaran dan pengetahuan. Sama-sama kita selongkar lagi rahsia makhluk-mahkluk seni yang ada di sekeling kita. Semoga menambahkan rasa kagum dan hebatnya Allah S.W.T. Wallah hu alam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...