Nuffnang

Pengikut

Rabu, 15 April 2009

Bunga Teratai



Pernah tengok bunga teratai yag belum kembang dalam kudup lagi. Seingat aku dulu-dulu kalau pergi ke Ipoh naik bas lompat. Apabila singgah kat stesen bas kampar, dekat stesen bas tu banyak orang apek cina jual kudup bunga teratai. Mula-mula aku heran tengok kudup bunga teratai ni warna hijau ada batang panjang-panjang. Kalau tak silap aku sekuntum seringgit.

Arwah mak aku yang ajor makan biji kudup teratai ni. Rupanya sedap biji dia ni. Ada rasa lemak-lemak sikit. Itu antara kenangan aku dengan bunga teratai. Satu lagi yang aku nak kasi tau kome semua, ada sorang member aku namanya Bhag Singh. Aku banyak belajo ngan dia ni. Pandangan dia lain dari yang lain. Bhag Singh ni la yang mencetuskan minat membaca yang mendalam dalam diri aku.

Mula-mula aku sembang ngan dia ternganga aku, semua benda dia tahu. Dan banyak sangat ilmu baru dan kotemporari yang dia tahu. Koleksi bukunya tak usah cerita la. Terlampau banyak. Daripada dia aku mengenali Anthony Robin dan mula meminati karya-karyanya. Akhirnya aku pun mula mengumpul dan membaca buku dalam pelbagai bidang.

Sedar tak sedar koleksi buku aku pun dah menimbun banyaknya. Terima kasih Bhag Singh yang mengubah aku dari seorang yang tak suka membaca akhirnya jatuh cinta dengan membaca. Tu sebab aku tak boleh pergi kedai buku ada je buku aku nak beli.

Satu pesanan Bhag Singh yang aku ingat katanya "Ri buka hati kita macam bunga teratai, Sentiasa menerima apa saja yang mendatang". Katanya lagi "Kalau kita ada sikap macam tu. apabila kita bercakap kita akan mudah menyentuh hati manusia lain". Dan kita tidak menerima pandangan satu pihak dan menutup hati kita untuk pihak yang lain. Dengar dulu dua-dua pihak dan nilaikan. Buka hati kita untuk semuanya.

Kata kawan aku seorang karkun(Tabligh) katanya dalam banyak-banyak keburukan pasti ada terselit satu kebaikan. Carilah kebaikan itu nescaya hati akan jadi tenang dan jiwa akan jadi tenteram. Chewah merepek pulak aku.

Sebab sekeras macam mana pun hati manusia ada masanya dia tersentuh dengan kata-kata tertentu. Itu sebab kalau kita tengok hari ni ada orang yang bercakap kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ada orang yang bercakap benda yang sama tapi dia masuk terus ke dalam hati yang terdalam.

Salah seorang yang aku ada rasa macam tu bila Dato` Dr. Fadzillah Kamsah. Sebab mungkin dia bercakap dan dia buat benda tu. Kalau sekadar bercakap praktikalnya tak de aku rasa agak susah cakap kita nak menyentuh hati manusia lain. Akhir kata buka lah hati kita macam bunga teratai. Malam ni tido awal be, esok banyak lagi kerja dunia nak dibuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...