Nuffnang

Pengikut

Isnin, 13 Julai 2009

Perkhemahan Ko-kurikulum Cameron Highland



























Pada hari jumaat yang lalu Unit Ko-Kurikulum sekolah aku mengadakan perkhemahan wajib (bukan sunat atau makruh) ko-kurikulum di Cameron Highland dari 10 hingga 12 Julai 2009. Aku memang nak sangat pergi. Tapi banyak sangat urusan dunia yang terpaksa diselesaikan pada hari Jumaat dan Sabtu. Sebenarnya ini kali kedua dalam tahun ni sekolah aku mengadakan perkhemahan di Cameron Highland.

Sambutan amat menggalakkan. Kira-kira 160 pelajar menyertai perkhemahan dan ramai juga cikgu yang mengiringi pelajar ke perkhemahan tersebut. Kalau ikutkan lebih satu pertiga pelajar sekolah aku yang menyertai perkhemahan tersebut.

Aktiviti utamanya ialah mendaki ke puncak Gunung Berembun. Kalau tak silap aku Gunung Berembun ni antara lokasi pengambaran Puteri Gunung Ledang. Perjalanan naik dan turun memakan masa 6 jam. Kalau tak kuat lutut mau tercabut.

Insyaallah satu hari nanti aku juga akan sampai juga ke puncaknya. Aku juga berazam untuk ke puncak Gunung Kinabalu setelah memikirkan untuk menawan puncak Everest. Memandangkan ramai yang belum berpeluang mendaki Gunung Everest aku bagi peluang kat orang lain dulu. Betul tak wak ?.

Satu sebab lagi aku tak mahu mendaki gunung yang tinggi kerana takut nanti aku akan menyusahkan orang. Masa naik ok la orang kenal aku. Masa turun takut orang tak kenal aku. sebab dah kurus dan Handsome. Nanti susah nah jawab pertanyaan orang .

Antara soalan yang akan di tanya eh itu Brat Pitt ke? atau eh itu Shah Rukh Khan ke?. Bukan Shah Khan (Taukeh kedai runcit kat Taman Bakti) ha.... Kan menyusahkan orang nanti. Untuk tidak menyusahkan orang biarlah aku pendamkan hasrat itu. Perah santan betui kan....

Tahniah kepada Cikgu Rahim dan Cikgu Badrul serta Cikgu Petimah yang merupakan orang kuat yang menjayakan program ni. Tahun depan mungkin kita boleh berCamping di puncak Gentimg Highland atau Bukit tinggi atau Genting Kyber. Apa pun TAHNIAH ! TAHNIAH ! DAN TAHNIAH !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...