Nuffnang

Pengikut

Ahad, 12 Julai 2009

Blank Plus Confuse


Anak murid aku yang sorang ni memang agak lain sikit. Walaupun dia ni agak bijak namun apa yang aku perhatikan kadang-kadang ada masa-masanya dia macam blank plus confuse. Boleh juga disitilahkan macam tak tau apa ataupun khayal.

Namun ada satu peristiwa yang agak lucu yang diceritakannya sendiri pada aku dan diperakukan oleh kawan-kawannya yang melihat kejadian itu. Kerana sikapnya yang blank plus confuse itu maka terjadi lah peristiwa ini. Pada satu hari dia meminta abangnya untuk menghantarnya ke satu lokasi kerana dia dah berjanji dengan kawan-kawannya.

Kawan-kawannya juga berjanji untuk menunggu di tempat yang ditetapkan sebelum mereka bergerak pula ke destinasi yang lain. Abangnya bersetuju untuk menghantarnya dengan manaiki motorsikal.

Dengan konfidennya dia pun membonceng di belakang abangnya. Perjalanan mengambil masa hanya beberapa minit. Dalam hatinya berasa seronok dan rasa nak cepat je sampai ke destinasi yang dijanjikan. Mungkin excited nak jumpa kawan-kawan.

Setelah beberapa minit menuggang motorsikal kemudian mereka tiba di satu simpang dan abnagnya memberi signal untuk membelok ke kanan. Disebabkan ada kereta yang datang daripada arah depan maka abangnya memberhentikan motor.

Dengan selamba dia pun turun. Kawan-kawan yang melihat kejadian tersebut juga hairan.Mungkin dia ingat dia dah sampai. Sedangkan tempat dia turun itu merupakan jalan besar yang banyak lori dan bas yang lalu. Maknanya dia berada di tengah-tengah jalan.

Apabila abangnya mula bergerak semula baru dia perasan bahawa dia belum sampai ke destinasi yang dituju. Dengan tergesa-gesa dia naik semula motor tersebut. Melihat kejadian itu semua kawan-kawannya ketawa. Apabila di tanya mengapa dia turun di tengah-tengah jalan katanya "Aku ingat dah sampe".

Takkan le tak perasan tempat yang dia turun tu tengah jalan. Mungkin juga masa tu Blank plus confusenya datang dalam pemikirannya sehingga dia tak perasaan yang sebenarnya dia berada di tengah jalan dan belum sampai ke destinasi yang sepatutya.

Amacam Sham Harun? engko pun kadang-kadang blank plus confuse jugak!. Nanti engko tumpang kereta orang sampai kat simpang dan kereta tu berhenti untuk membelok engko pun bukak pintu kereta dan engko turun. Naya wooooooo.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...