Aku pernah mengalami syndrom jemu bekerja....Setiap kali bangun pada waktu pagi timbul perasaan kengerian yang amat dahsyat untuk ke sekolah....sebabnya selalu kena marah ngan pihak pentadbir sekolah...ada je benda yang tak betul...ada je jalan yang dicari untuk attack aku...Sampekan nikmat bekerja hilang....Nawaitu utama ke sekolah bukan nak ngajor...nawaitu utama ialah hanya nak jumpa kawan-kawan senasib...Lama jugek aku berkeadaan begitu....Sampekan hati aku jadi begitu keras...ngajorpun separuh jiwa je...kadang-kadang tak de jiwa...Emosi memang selalu tak stabil...asyik nak marah je...Rame jugek budak yang jadi mangsa aku....
Tambahan masa tu ...aku ada bisness MLM yang agak kencang masuknya setakat 3K ke 5K biasa le sebulan...Selepas Bisness tu tak berapa ok....aku terjun ke industri Broker ...Broker projek...tanah dan sebagainya Bisnes jual orang je aku tak buat...Bisness yang ni memang parah. Disebabkan aku baru dalam bidang ni akhirya aku ditipu oleh Broker siputar alam.Entah macam mana aku macam terpukau dengan dia ni.Lama aku ikut dia. Berapa dia minta aku bagi...Kalau tak de duit aku akan cari sampe ada. Duit keluor macam ayor tapi hasil tak nampak...Habis je sekolah aku akan ke KL....dari rumah ke KL dah macam pergi pasar malam je....Kalau perlu ambik cuti aku akan ambik cuti....
Bisness juta-juta bro....Sekolah memang aku tak peduli....kualiti mengajor jatuh merudum...kesian anak murid aku dulu...Dalam kepala fikir kalau dapat juta-juta aku nak renti mengajor...Sesungguhnya aku dah meluat dengan dunia pendidikan terutamanya terhadap pentadbir yang kerap marahkan aku sehingga lah aku dicampak ke sebuah sekolah yang jauh dari rumah...Yang menjadi penguat semangat ialah rakan-rakan senasib yang saling memahami perasaan masing-masing.
Dalam industri Broker Macam-macam orang aku jumpe... dari jawatan tinggi sampe le ke si putar alam....Yang putar alam lebih rame..... Aku terpaksa buat pinjaman untuk menjalan kan Bisness Broker ni...Gaji menjadi semakin kecik dan terus menyusut...sehingga kini kesannya masih terasa...Kalau citer kat orang...orang tak caya. Semua orang ingat aku kaya..Disebabkan dah tak tertahan dengan situasi kewangan yang meruncing dan berulang-alik dari rumah ke sekolah baru yang juga memakan jumlah duit yang bukan sedikit....Disebabkan jarak yang jauh untuk ke sekolah menyebabkan akhirnya Bisness MLM aku jugek merudum dari ribu tinggal ratus.. dari ratus tinggal puluh sahaja. Tak de masa nak hantar barang dan tak de masa nak servis downline.
Apabila ibu aku meninggal, ini memberi tekanan jiwa yang sangat hebat kerana ibu salah seorang yang bersama-sama dengan aku dalam dunia MLM. Ke sana ke mari aku ngan ibu.Itu sebab setiap kali mengenangkan ibu memang menitis air mata aku...Kerana banyak nasihatnya yang aku tak dengar.....Semasa menjalan Bisnes MLM dan Broker aku sering meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil....aku kurang memberi perhatian dengan anak-anak...kurang sangat kasih sayang yang aku curahkan....Sehingga hari ini aku rasa amat rugi sebab tak dapat menghayati dan meluangkan banyak masa-masa emas ketika anak-anak masih kecil. Namun sifat positif yang sedari dulu aku tak tinggal ialah aku banyak membaca buku dan suka mencari ilmu baru....Seminar, kursus. kolokium semuanya aku pergi...Sebutnya dimana dan berapa bayarannya
Terutamanya yang berkaitan dengan bagaimana nak jadi kaya...Bermula dengan Seminar SKPD DR. Azizan Osman.....dan seminar lanjutan IMKK Dr. Azizan di Sg. Petani membuka mata aku akan pentingnya imbangan antara dunia dan akhirat. Gambar diatas adalah contoh tiket seminar yang aku beli.Tak cukup dengan seminar ni aku mencari lagi seminar yang boleh menjadikan aku kaya dan juatawan.....Pendek kata matlamat hidup aku DUIT. Dengan kuasa tuhan akhirnya bertemulah aku dengan Seminar yang benar-benar menjadikan aku kaya......Sambung ekkk....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan