Zaman emas rock kapak adalah zaman aku meniti usia remaja. Kehangatan muzik rock terasa di seluruh negara. Satu demi satu kumpulan rock tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Tersemat dihati setiap remaja untuk menjadi artis rock. Rockers memang menjadi kegilaan pada ketika itu. Daripada segi pakaian, gaya bercakap dan berjalan segala-galanya adalah rock.
Bagi aku yang tinggal di asrama juga cukup teruja dengan muzik rock. Hasrat untuk mempunyai sebuah band sendiri sentiasa berputik di dalam hati. Kesempatan balik ke kampung pada waktu cuti penggal dimanfaatkan untuk mempelajari bermain gitar daripada teman sekampung yang memang mahir bermain gitar. (Atan Rocktone)http://langgas.blogspot.com/2011/04/dari-kacamata-by-rafflesia-aka-rocktone.html
Sedikit-sebanyak aku juga mampu memetik chord-chord asas. Bersama rakan-rakan di asrama kami mula merancang untuk jamming di studio. Tambahan pula ada group senior yang memang terror dalam bab jamming ni..Pernah le sekali dua aku ngikut deme ni. Memang bagus sangat permainan mereka. Setakat lagu Search, SYJ, May dan Wings macam kacang je deme main.
Namun batch aku tak kurang juga hebatnya. Ikmaruddin pemain lead (aku suka kalau dia main lagu debunga wangi lefthanded) ....Nizam Hussein pemain Bass..Mizi pie pemain dram...aku ni kadang-kadang main gitar...kadang-kadang jadi vokalis. yeah.. yeah....Sempat juge le jamming kat SYJ Studio pasar bulat ipoh (dah tak de dah), Nina kimi studio super kinta dan studio romah Cina berhampiran Pakeeza restoran....
Dulu jamming sejam murah je...RM 10 ringgit sejam....Share RM2 sorang pun dah boleh jamming dah...Kadang-kadang menjadi lagu yang dimain. Kadang-kadang ke laut jugek....Rock tetap rock.....Kadang-kadang ngan budak junior pun aku join jamming....Pernah sekali dek kerana dah gian sangat aku ngan 2 budak junior orang je masuk studio....lagu main bedal je ... ikut terlintas dalam kepala je....ha ha....
Nak capai standard kumpulan rock ternama memang jauh le.....Semasa membuat persembahan hari guru baru-baru ni tiba-tiba kenangan zaman rock kapak muncul semula...manisnya zaman tu...yeah... yeah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan