Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 19 Mei 2012

BASIKAL TUA




Basikal Tua
Orang biasa basikal tua.....itu antara bait lirik lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad.  Zaman ni agak sukar nak lihat orang yang naik basikal tua....Beberapa tahun lalu  ada le seorang benggali di Tapah yang menggunakan basikal tua berulang-alik dari rumahnya ke pekan Tapah...Namun  dah lama kelibatnya berbasikal tua di pekan Tapah tidak aku lihat.

Kalau orang dewasa pun dah tak mahu naik basikal tua apatah lagi pelajar sekolah. Membawa basikal tua ke sekolah sudah pasti satu kemaluan yang amat besar. Sudah pasti mereka ini akan rapat di kutuk dan diketawakan kawan-kawan. Mungkin ada yang berguling-guling mentertawakan pelajar tersebut. Namun tidak bagi seorang pelajar aku yang berada di tingkatan satu.

Setiap pagi dengan selambanya dia mengayuh basikal tua sambil memakai songkok. Basikal tua tersebut dicat warna kuning.... Itulah kenderaannya berulang-alik pergi dan balik dari sekolah. Aku pernah bertanya kepadanya syok ke naik basikal tua. Jawapanya "Best Cikgu basikal ni laju...3 minit je dari rumah saya ke sekolah".

Pelajar ni memang pelajar yang selamba...Tak sekelumit dia berasa segan dan malu menggunakan basikal tua....Malah dengan bangganya dia menceritakan tentang serjarah basikal tuanya itu....Kelibat dan aksinya mengayuh basikal tua setiap hari menarik perhatian pengguna jalan raya yang lain. Mungkin perkara tersebut menarik perghatian pengguna jalanraya yang lain kerana  yang membawa basikal tua tersebut seorang budak sekolah. Aku menghormati pendirian pelajar tersebut....hidup basikal tua......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...