Jin, hantu, syaitan, makhluk halus dan yang seumpamanya dengannya adalah makhluk Allah jua. Menurut perjanjian, mereka ini akan mengganggu dan menyesatkan anak adam. Kerja mereka menggoda anak adam tidak terhenti dan akan berterusan sehingga hari kiamat...Menurut Pakar Paranormal Indonesia yang pernah aku berguru dengannya menjelaskan kesemua makhluk tersebut akan masuk ke dalam badan apabila mereka mempunyai ruang dan peluang.
Sebenarnya kita sendiri yang membuka ruang untuk mereka masuk ke dalam badan kita. Bolehlah kita andaikan seumpama perkhidmatan Bluetooth di Hanphone. Apabila di Bluetooh di on kan bermacam-macam perisian luar yang baik dan tak baik boleh masuk ke dalam Handphone dengan mudah. Begitu juga halnya dengan makkluk halus apabila buka pemikiran kita untuk mereka maka mereka ada satu superhiaghway yang besar untuk terus masuk ke dalam sistem badan kita. Apabila kita tutup semua ruang maka agak sukar untuk mereka masuk ke dalam badan anak adam.
Soalnya bagaimana ruang tersebut hendak ditutup...mudah sahaja ...Langsung jangan memikirkan atau berfikir tentang mahhluk tersebut...Buat dek je...anggap le macam benda tu tak wujud. Apabila kita mula memikirkan mahkluk tersebut dan kita berasa takut maka makhluk tersebut akan semakin hampir dengan kita. Gamaknya mungkin sebab inilah timbulnya istilah menghantui fikiran...he he
Semakin difikirkan di dalam minda dia akan semakin dekat dengan kita. Kalau tak fikir tak de apa pun...Inilah maksud ruang yang ditutup. Disamping itu amalkan ayat-ayat suci al-quran...bukan baca tetapi amal sehingga sebati dengan darah dan daging.....Tepuk dada tanya selera....wasssup wasssup bro.....Sedikit tips yang diberikan oleh pakar kalau ayat kursi pun tak jalan...maka bacalah al-fatihah sebanyak 7 kali,,,,Selamat beramal.....Perangi jin....dan macam Pak Engku le pulak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan