Ada 4 buah filem yang aku amat suka menontonnya walaupun berulang kali ditayangkan di TV. Setiap kali ditayangkan dan kebetulan pada waktu tersebut aku menonton TV maka aku akan menontonnya sehingga akhir...4 buah filem ini sangat memberi inspirasi kepada aku yang berkecimpung dalam dunia pendidikan.... Kalau aku jadi menteri pelajaran memang aku wajibkan Cikgu-Cikgu seluruh Malaysia menonton filem ni secara mandatori.
Bagi aku 4 filem ni sarat dengan persoalan, pengajaran dan nilai yang mampu mengubah pandangan tradisi kita terhadap kerjaya perguruan...Terus terang aku katakan kerjaya perguruan hari ini sakit...walaupun belum sampai pada tahap tenat...Mengajak guru-guru berubah kepada satu paradigma baru bukannya mudah...Ada yang PnP nya lesu, kaku dan tidak berubah-rubah...
Masih berada di confort Zone....Syndrom menyalahkan murid bodoh...tak boleh buat apa dah...macam-macam cara dah guna hanya satu bentuk escapisme..atau bentuk-bentuk pertahanan diri atau hanya suatu uasaha membina benteng bagi mempertahankan kelemahan diri...Usaha untuk meningkatkan diri dan mencari ilmu baru hanya terhad dalam lingkungan guru seperti LADAP dan kursus anjuran kementerian...Usaha ini mungkin hanya membantu daripada segi content....tetapi tidak PnP...kerana apa kerana sikap....(Nanti aku huraikan dalam bab lain...)
Dunia pendidikan hari ini menuntut kepada cara penyampaian yang berkesan dan menarik...barulah akan membangkitkan keinginan pelajar untuk belajar....tidak salah guna cara Chalk and talk kalau ianya berkesan berbanding menggunakan teknologi canggih yang belum tentu berkesan...bukan maksud menidakkan teknologi canggih seperti penggunaan komputer...
Tetapi berdasarkan pemerhatian ada guru yang mampu menggunakan teknologi canggih dengan sangat berkesan...Tahniag Cikgu...Namun ramai yang hanya menjadikan teknologi canggih satu bentuk meringankan beban ketika mengajar ataupun lebih tepat ESCAPISME...
Sebagai contoh selalunya cikgu akan menggunakan perisian power point...apa yang berlaku Power point akan disumbat dengan semua fakta..huraian dan contoh...penuh power point dengan tulisan...Cikgu cuma membaca apa yang tertulis di power point dan lebih teruk lagi setiap kali kelas pelajar akan disuruh menyalin dari power point....Hilang terus fungsi power point yang sepatutnya hanya point-point ditulis kemudian Cikgu menerangkannya.....
Apabila setipa kali mengajar cara yang sama digunakan pelajar akan bosan, hilang minat belajar dan mula menimbulkan masalah...Kalau aku jadi pelajar pun aku akan bosan dan mula ingin memberontak...Akhirnya Cikgu akan kata macam-macam cara dah digunakan tetapi pelajar tetap macam tu jugek....sebenarnya dia baru guna 2- 3 cara atau pun hanya itulah satu cara digunakan...Sekali lagi ESCAPISME....
Minta maaf apa yang ditulis ini memang pahit...ramai yang akan menentang...ramai yang akan kata macam le dia bagus sangat....Tetapi berfikirlah guna
Minda dan nilailah guna hati yang terdalam adakah usaha kita selama ini telah mencapai pada tahap maksimum dan adakah kita telah berusaha sehabis daya atau menggunakan bermacam-macam cara sebelum kita terus-terusan menyalahkan pelajar tak boleh...pelajar lemah...murid-murid kami memang bodoh....
Minda dan nilailah guna hati yang terdalam adakah usaha kita selama ini telah mencapai pada tahap maksimum dan adakah kita telah berusaha sehabis daya atau menggunakan bermacam-macam cara sebelum kita terus-terusan menyalahkan pelajar tak boleh...pelajar lemah...murid-murid kami memang bodoh....
Memang tidak dapat dinafikan ada pelajar yang memang lemah dan lembam...tidak tahu membaca dan menulis...Tetapi peratusnya amat kecil...rata-ratnya masih boleh membaca dan menulis dan kalau kena gayanya mereka ini boleh berjaya pada tahap kemampuan mereka...Nak meletakkan pelajar ini untuk mendapat A seperti pelajar di kelas pandai memanglah sukar..
Namun tugas kita sebagai guru terus meningkatkan diri dengan pelbagai ilmu dengan banyakkan membaca buku-buku peningkatan diri, hadiri program peningkatan diri berbayar yang banyak di pasaran...Jangan kedekut duit....Yang baik itu mahal harganya...Bertanya dengan guru yang terbukti baik PnP nya....Dan sentiasa Husnuzzan atau bersikap positif...
Insyallah kita akan dapat idea-idea baru...cara-cara PnP yang baru...Kalau kita mahu berfikir tuhan akan membuka jalan..dibisikkannya ilham-ilham canggih...Kalau kita asyik merungut, menyalahkan orang dan tidak mahu berubah serta berusaha tuhan pun tidak akan membantu...Kerana mereka ini termasuk dalam golongan yang tidak Bersyukur....
Orang yang tidak bersyukur tidak akan ditunjukkan jalan keluar bagi sesuatu masalah kerana mindanya berhenti untuk berfikir setelah memberi pelbagai alasan...menyalahkan orang dan berfikiran negatif...dan yang lebih teruk dia berasa lega kerana sudah mempunyai alasan...Sebenarnya setiap kali keluar kelas hati kita boleh rasa sama ada PnP kita berkesan atau tidak...kita bersedia atau tidak.. hati tidak boleh menipu atau ditipu....Kalau ok PnP kita kita akan berasa sangat puas.....
4 Filem yang sangat mengujakan aku ialah Black lakonan Amitabh Bachan, 3 Idiot lakonan Amir khan, Tera Zamin Par lakonan Amir khan dan Laskar Pelangi...Tengoklah Cikgu Filem ni ...Wlaupun ianya sekadar filem tetapi sarat dengan idea, pandangan baru yang akan membuka luas horizon minda kita ke arah satu anjakan paradigma yang baru......Takbir ....Allah hu Akbar.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan