Semasa mengajar ringkasan karangan tentang tajuk khasiat betik....tetibanya semua jadi excited...Sebut je bettik semua gelak.....Mula tu ok le...tetapi apabila setiap kali aku menyebut perkataan betik maka setiap kali itu pelajar akan gelak...maka aku mula syak mesti ada yang tak kena ni....Pada ketika semua orang ketawa ada sorang pelajar yang aku anggap sebagai taikor di sekolah tak bagi apa-apa respon...Diam je...Selalunya dialah antara orang yang paling excited bab gelak-gelak ni...terutama kalau ngenakan orang...
Aku terus juga mengajar...setiap, kali sebut betik...setiap kali le kelas tu riuh-rendah...jenuh aku nak ngajor macam ni....Akhirnya aku bertanya pelajar apa yang gelihati sangat pase betik ni "Apa yang kome suka sangat pase betik ni?"tanya aku....."Cikgu nak tau ke?"pelajar tersebut membalas...jawab aku "mesti le nak tau , cikgu nak jugek rasa kelawakan dan kelucuan di sebalik perkataan betik". Sebut je betik berayor-rayor bijik mate deme ketawa....nengok deme gelak aku pun macam rasa nak gelak le jugek...Pelajar taiko diam je.....Aku dah dapat agak tentu ada kaitan betik dengan budak ni...
"Cikgu kepala ayah dia (Pelajar taiko) macam betik cikgu". Kali ni kelas jadi lebih meriah...kalau tak kerana tengah belajor tentu ade yang bergulin-gulin gelak...Aku yang sedari tadi kontrol pun dah tak tahan....tergelak jugek akhir.....rasa nak pecah perut gelak.....Selalu aku nengok pelajar taikor ni ketawakan orang... tapi kali ni kaw-kaw dia kene...Kesian nengok mukenya terkulat-kulat....Namun akhirya aku nasihatkan pelajar jangan le ngutuk bapak orang...Berdosa...baru le kelas kembali tenang.
Aku nak tukor cerita sikit....tapi masih ada kaitan kisahnya dengan kepala....kalau tadi kepala betik yang ni citernya tentang kepala petak...Pada hari jumaat yang lepas anak aku menyertai pertandingan bolasepak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Disebabkan tempoh perlawanan yang panjang mereka terpaksa tidor di sana selama dua hari.....Sepanjang berada di sana mereka ditempatkan dalam sebuah apartment yang ada 3 bilik....
Apabila habis perlawanan...mereka pun pulang semula ke rumah...anak aku tiba dirumah hampir pukul 1 pagi....Namun berbaloi juga mereka mendapat tempat keempat daripada 20 pasukan yang bertanding...Aku agak terkilan jugek sebab tak dapat ikut trip ke Port Dickson memandangkan anak-anak lain dah ada aktiviti sendiri pada hari tersebut....Riso pun ada memandangkan jarang anak aku berenggang ngan aku....Berbalik kepada cerita tadi...
Sesampe dirumah aku pun bertanya kepada anak aku..."Rame ke mak bapak yang ikut?". "Ade le jugek" kata anak aku...Aku tanya lagi "Bapak sape yang ikut". "Adudu" jawab anak aku "Adudu?" tanya aku. "Ala budak yang kepala petak tu ayah, ayah dia pun kepala petak sikit...kami panggil adudu"."Ayah adudu pun tidor sebilik nagn kami" Hah sudah kata hati aku...ada pulak budak nama adudu....setahu aku adudu ni watak jahat dalam boboboy.
Apabila aku tanya anak aku adakah kepala petak budak tu dikaitkan dengan watak jahat Adudu dalam boboboy tu. Anak aku senyum je ....Akhirnya aku cakap pada anak aku jangan panggil budak tu dengan nama Adudu walaupun budak-budak lain panggil dia adudu...Tak elok berdosa....
kahkahkah adoi lawak cerita ni
BalasPadamhaku ni dah tue, tapi aku mengaku la haku suke tengok boboboi ahaha cite die best
aku pun layan gak BoboBoy ni.....makin syok pulak nengok citer ni....
BalasPadam