Masa aku kecik-kecik dahulu aku cukup takut dengan orang yang memakai ski mask seperti gambar di atas. Ketakutan yang amat sangat sehingga ke tahap aku akan memekik dan menangis setiap kali bertembung dengan orang yang memakai Ski Mask. Aku tak tau mengapa aku berasa sangat takut dengan orang yang memakai ski mask.
Pada zaman itu orang yang memakai ski mask ialah mereka yang menaiki motor. Aku pun tak tau apa sebabnya....Apabila mereka menanggalkan topi keledar maka akan teserlah ski mask yang mereka pakai...Yang aku paling takut apabila pemakai ski mask hanya nampak mata. Aku selalu membayangkan mereka yang memakai ski mask adalah sejahat-jahat manusia.
Pernah sekali semasa aku nak menaiki Bas dari stesen bas Express Medan kidd Ipoh tiba-tiba aku ternampak seorang yang memakai ski mask berwarna hitam menuju ke arah kaunter tiket bas Express.. Kebetulan aku berada disitu...Apalagi aku menjerit sambil menangis sekuat-kuatnya....Melihat keadaan itu arwah emak aku memeluk aku sekuat-kuatnya.....
Emak aku juga mengetahui yang aku amat takutkan orang yang memakai ski mask.....Kadang-kadang apabila melihat orang memakai ski mask naik motor atau melihat orang tersebut dari jarak jauh...muka aku bertukar pucat sepucat-pucatnya..... Hari ini ski mask amat popular dikalangan pemotong rumput.......Kebanyakan pemotong rumpit akan memakai ski mask.....Eiiii takutnya aku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan