Kadang-kadang aku jadi serba salah. Kadang-kadang aku jadi tak faham dan kadang-kadang aku rasa nak menyatakan apa yang terkandung dalam kepala aku ni. Tapi kalau aku luahkan dah tentu keadaan akan jadi lebih teruk. Berdiam diri pun salah, cakap pun salah dan cuba menenangkan diri pun kadang-kadang menjadi kesalahan besar. Pendek kata semuanya serba salah.
Aku memang tak suka berkonfrontasi...aku lebih suka mendiamkan diri...Sebab aku nak jaga hati dan minda daripada stress. Menurut sifu aku 75% penyakit berpunca daripada stress. Itu sebab Nabi kita tak suka marah-marah.....Beberapa cara diajarnya kita untuk mengelakkan emosi kita daripada terganngu.
Antaranya beredar daripada mereka yang sedang marah atau mengambil air sembahyang. Hikmat di sebalik mengelak kemarahan rupanya ialah untuk mengelakkan diri daripada terkena pelbagai penyakit. Hari ini dalam kajian moden Stress memang merupakan salah satu sebab penyakit bersarang dalam badan.
Dalam menjaga emosi yang stabil selain mengelakkan kemarahan kita juga di sarankan supaya tidak merungut, tidak menyalahkan orang lain, tidak mengumpat dan melihat sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Kadang-kadang kita juga selalu risaukan perkara yang belum berlaku. Yang lebih teruk perkara yang belum berlaku pun kita boleh merungut-rungut. Aku memang tak paham,,kenapa perkara macam ini berlaku.
Kadang-kadang satu hal lagi yang aku tak paham. Sesuatu perkara yang berlaku penyelesainnya amat mudah dan tak perlu bising-bising pun. Tetapi kekadang atas perkara yang kecil-kecil pun ada yang merungut dan luahan rasa perasaan tak puas hatinya sampai setengah jam lamanya perkara tersebut dibebelkan.
Berdasarkan apa yang sifu aku pernah ajar dalam hukum Tarikan...lagi banyak benda negatif dan tak elok keluar dari mulut...maka lagi banyak benda negatif yang kita tarik dalam dunia dalaman kita...Efectnya boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Lagi banyak tak puas hati dengan orang lain maka lagi banyak benda tak elok yang ditarik masuk dalam kehidupan kita. Lagi banyak merungut lagi banyak masalah yang menimpa dalam hidup
Oleh itu berubahlah....Change Your life...Seronoknya melihat mereka yang tenang dalam hidupnya..Sepanjang hidup Nabi...baginda hanya jatuh sakit sebanyak dua kali.....Cuba hitung sehingga ke hari ini berapa kali kita sakit. Dan hitung lagi berapa banyak kita marah, berapa banyak kita merungut, berapa banyak kita tak puas hati dengan keadaan yang berlaku dan berapa banyak hidup kita ini bermanfaat untuk orang lain...
Agaknya ini lah kunci hidup rahsia panjang umur penduduk Okinawa Jepun. Walaupun mereka ini bukan orang Islam tetapi cara amalan hidup mereka adalah nilai-nilai yang dianjurkan dalam agama Islam. Tolonglah kita memanam azam untuk mengurangkan rasa marah, merungut, menyalahkan orang lain dan memikirkan secara negatif perkara-perkara yang belum berlaku. Aku harap sangat orang yang hampir dengan aku fahamilah perkara ini....Berubahlah Insyallah akan ada perubahan besar dalam hidup bagii menghadapi hari-hari mendatang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan