Teringat aku zaman cinta sekolah........Segala-galanya indah dan manis....Semua yang dilakukan hanyalah satu matlamat untuk menarik perhatian si Dia....Aku memang tak pernah merasa perasaan itu sebelum ini....Suka kat seseorang memang ada...tetapi dalam diam je la....Tapi kali ini entah mengapa hatiku bergetaran.... Walaupun sebenarnya kadang-kadang aku rasa macam aku syok sorang-sorang je...Perasan tersebut sukar aku nak mengambarkannya....
Surat adalah medium penghubung antara kami berdua....dapat surat macam dapat emas...bahagia.... perasan rindu terubat seketika....Sehari tak melihatnya rasa tidak keruan..... Masa tu tak tengok orang lain dah...Dia la buah hati pengarang jantung... Dialah segala-galanya dan segala-galanya adalah dia... Setiap kali cuti sekolah adalah masa penderitaan....
Berat betul derita kerinduan hati dan perasaan...Nak telefon takut..tak berani.....Namun setiap kali sekolah dibuka semula perasaan untuk masuk kelas membuak-buak ibarat letusan gunung berapi St. Halen. Memandang kelibatnya sahaja sudah menggetarkan hati dan perasaan......Apabila menatap wajahnya hilang segala kerinduan seketika.....Habis waktu sekolah kerinduan bertamu semula....
Suatu hari....terdengar Cinta telah beralih arah.....Cinta hati ada dating ngan orang lain....Ibarat halir lintar membelah bumi...ibarat kaca terhempas ke batu.....Rasa diri ini kerdil sekerdil-kerdilnya....ibarat terperosok ke lembah asing yang amat sunyi.... Hanya air mata mata yang tidak menitis.....Memang betul-betul terjadi makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah....Apa salah aku ?.... Atau hina sangatkah aku ini? atau rendah sangatkah martabat aku ini? atau tak layakkah aku ini?.... Semua pertanyaan menerpa satu demi satu dalam kotak fikiran....
Oh tuhan apa hikmah si sebalik kejadian yang berlaku......... Selama hampir seminggu perasaan sedih ini menyelubungi diri.....Pada hari minggu aku membawa hati yang lara ini menonton wayang. Ceritanya Pretty Women lakonan Richard Gere dan Julia Robert.....Cerita tersebut sedikit sebanyak mereleasekan perasaan hampa yang bersarang dalam jiwa....Selesai cerita tersebut aku hayunkan kaki ke arah yang aku sendiri tak pasti ke mana arah tujuannya....... Sambung lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan