Melihat kanak-kanak bercakap amat menyeronokkan...Mengusik mereka juga amat menyeronokkan terutama apabila mereka membalas setiap usikan kita. Aku cukup suka mengusik anak seorang rakan yang dibawa ke sekolah setiap kali dia habis sesi sekolah TASKA nya. Responnya tu yang kadang-kadang amat mencuit hati.
Hati kanak-kanak ni masih putih mulus...tak de apa dosa...apa yang dikatakan mereka memang dari hati mereka..... Teringat semasa kecil anak-anak aku juga begitu...Setiap yang dikatakan mereka kadang-kadang melucukan dan kadang-kadang menusuk ke hati juge...
Namun kita tak buleh le ambik hati apabila mereka berkata-kata...anggaplah ia sebagai hiburan.... Kalau diambil serius setiap kata kanak-kanak maka kita pun samalah macam kanak-kanak tersebut. Berbual dengan kanak-kanak amat mendamaikan jiwa.....
Ada satu cerita yang pernah dinukilkan oleh seorang sahabat aku di alam cyber...Katanya anak sedaranya amat pelat...antaranya beliau selalu menukarkan huruf J kepada huruf T. Umpanya perkataan Jahat jadi Tahat.... Perkataan Pejam jadi Petam... Pada satu hari.....Jeng-jeng..... dia melihat seekor cicak memanjat dinding. Lalu dia berkata "Ayah Cicak Pan*at dinding"...
Tersentak ayahnya mendengarkan apa yang dikatakan oleh anaknya....Anda cuba bayangkan apabila huruf J pada perkataan Panjat ditukar kepada huruf T....Tak sanggup aku nak menyebeutnya...Pandai-pandailah anda mentafsirkannya.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan