Sehingga hari ini aku tidak ada masalah dengan pelajar....Mana-mana kelas yang aku masuk mereka dapat menerima cara aku mengajar...alhamdulillah dan syukur pada tuhan yang memberikan pelbagai idea kepada aku untuk menarik perhatian mereka terus mendengar apa yang aku ajar. Rahsia tersebut mungkin akan kongsikan satu hari nanti dalam bentuk sebuah buku.
Tadi aku masuk dan mengajar di kelas hujung...Seperti biasa di kelas hujung ni banyak penemuan-penemuan yang melucukan berlaku.... Seperti biasa aku akan memulakan kelas dengan menulis nota yang paling ringkas sesuai dengan tahap pemikiran mereka...Yang penting mereka dapat sedikit apa yang aku ajar.....
Seperti biasa juga teknik bacaan kuat dan ulangan aku gunakan untuk mengajar di kelas hujung ni....Suasananya akan jadi gamat apabila mereka cuba membaca kuat dan berulang-rulang.....Selesai aktiviti berkumpulan aku akan menjalankan sesi individu.... Di dalam aktiviti ni aku akan minta seoarng demi seorang mengulang dan menyebut sesuatu yang aku ajar sehingga betul.
Hari ini aku menyuruh mereka menyebut nama penasihat Jawatan kuasa Perpaduan Antara Kaum atau CLC iaitu Sir Malcolm Mc. Donald. Seorang demi seorang pelajar menyebut...apabila tiba giliran seorang pelajar ini tiba-tiba dia menyebut Sir MAGNUM Mc. Donald.... Alamak lain macam bunyinya...Aku menyuruhnya menyebut sekali lagi.... Tetap dia menyebut Sir MAGNUM Mc. Donald....Wa Parah ni....
Aku pun bertanya kepada pelajar tersebut apa itu MAGNUM.... Pelajar itu menjawab..."Tahu Cikgu....itu nombor cikgu...Saya punya bapak ada beli".... Belum sempat aku bertanya lebih lanjut seorang pelajar perempuan menyampuk dan memberi penenrangan kepada aku dengan bersungguh-sungguh "Cikgu ayah saya beli Magnum dan TOTO...Selalu dia menang Cikgu ...kadang-kadang RM 1,000 kadang-kadang sampai RM 3,000"Dalam hati aku...Parah ni.....
Seorang Pelajar yang duduk dibarisan belakang yang sedari tadi diam cuba mencelah "Ayah saya pun beli Cikgu......ada jugek kena..tapi dia beli Magnum je Cikgu....". Apabila aku tanya seorang demi seorang majoriti bapa mereka pernah membeli MAGNUM atau TOTO....Apa nak aku katakan lagi...
Tiba-tiba seorang pelajar lagi mencelah "Cikgu saya sendiri pun ada bili.....Itu Big ka Small?" dia tanya aku.... Mana le aku tahu.....
Melihat keadaan ini maka tak hairanlah budak-budak tak menjadi dalam pelajaran sebab sumber rezekinya........Tak nak la aku menyebutnya........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan