Aku masih memilih penggunaan Blog bagi menyimpan semua pandangan, perasaaan dan rasa-rasa yang aku rasa berbanding Facebook...Mungkin satu hari nanti Blog ini lah yang menjadi kenangan untuk anak-anak aku mungkin juga rakan-rakan atau mereka yang mengenali aku...Apa yang aku nukilkan kebanyakan adalah sesuatu yang aku lihat disekeliling aku...ada juga ideanya tercetus semasa aku membaca buku-buku yang aku beli....
Bagi aku Blog aku ini adalah khazanah yang sangat berharga...harta yang tak ternilai.....Aku amat menyayanginya.....Walaupun aku bukanlah Blogger ternama namun aku tetap berasa puas apabila mendapat respon yang positif daripada pembaca-pambaca setia.....Disitulah kepuasannya menghasilkan artikle-artikle di dalam blog ini.... Sesiapa nak menggunakan bahan dalam blog aku gunakanlah.....Mungkin ini antara sumbangan amal jariah secara maya.....
Aku juga amat berhati-hati degan penulisan....Walaupun pada peringkat awal aku menulis...banyak perkara yag aku abaikan...Namun semakin lama aku menulis maka aku semakin matang dan bertanggugjawab dalam menghasilkan artikle. Antara perkara yang aku titik beratkan semasa menulis ialah memastikan bahan yang aku tulis adalah cerita sebenar...bukan rekaan dan imaginasi aku.....
Yang kedua setiap kali aku menulis semuanya daripada hati...Aku sangat percaya apa yang datang dari hati akan sampai ke hati orang lain.....Kadangkala aku tersenyum sorang-sorang ...ketawa...terkedu....terkesima dalam menghasilkan sesuatu artikle...Tak kurang juga kadang-kadang aku menitiskan air mata semasa mengetuk papan kekunci komputer aku.....Feedback yang aku terima ketika menghasilkan artikle yang menyentuh perasaan amat mengharukan...Apabila ada yang tersentuh dengan bahan yang aku tulis.....
Apabila menghasilkan artikle tentang anak-anak murid di sekolah aku atau kehidupan aku di asrama satu ketika dahulu atau menghasilkan cerita-cerita mencuit jiwa tentang anak-anak aku....ramai juga yang memberi feedback cerita yang aku paparkan bisa menggeletek hati mereka......Pada zaman aku begitu aktif menghasilkan artikle ada yang sentiasa menanti-nantikan cerita yaang aku tulis......Tak kurang juga penggemar senyap....aku hanya tahu mereka membaca blog aku apabila kadang-kadang mereka memberi komen tentang blog aku apabila berjumpa dengan aku.....
Aku bersyukur kerana masih dikurniakan pencerahan idea yang tidak putus-putus... Ada lagi sebenarnya sisi-sisi cerita kehidupan yang aku belum nukilkan.....Antaranya kisah aku sebagai seorang anak Peneroka.....Kisah aku dan rakan-rakan yang aku rasa mereka ini amat istimewa daripada segi penampilan dan bakat istimewa yang mereka miliki....Dan banyak lagi kisah-kisah lucu dan kisah-kisah yang menyentuh jiwa yang belum sempat aku nukilkan.....Insyallah aku akan teruskan perjuangan di Blog ini.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan