Canggih...canggih... dan canggih....aku amat terpegun dengan teknologi yang digunakan kedai mamak yang aku kunjungi baru-baru ini untuk mengambil order pelanggan. Mulanya aku ingatkan pekerja yang ambik order tu mengambil order sambil ber SMS. Memang tidak beretika langsung le kalau dia buat macam tu...Rupanya dia sedang mentouch skrin gadget yang digunakan untuk mengambil order pelanggan.
Semua menu dimasukkan dalam gadget tersebut...sebut je apa...Sebagai contoh minuman Favourite aku Apple Suam kurang manis....juga ada dimasukkan menu tersebut dalam gadget tersebut...Mulanya aku tak percaya ada ke menu macam yang aku sebutkan....Kemudian pelayan yang mengambil order menunjukkan kepada aku menu yang aku sebutkan dalam gadgetnya. Wow... memang hebat bro...
Gadget tersebut dionlinekan dengan bahagian minuman , makanan dan Cashier....Memang tak kan berlaku kesilapan order atau ada order yang tak sampe atau order yang bertindih...memang respect betul le aku dengan teknologi yang digunakan. Kalau semua kedai mamak kat Malaysia ni gunakan teknologi tersebut nescaya tiada lagi kesilapan dalam penghantaran makanan atau minuman yang diorder...Dan yang lebih penting tak de lagi masalah menipu harga makanan yang dilakukan oleh pekerja kedai mamak..
Selesai je makan terus ke kaunter untuk membuat bayaran....bayaran tepat dengan harga makanan yang dipaparkan..tak lari walau sesenpun.....Tak la macam sesetengah kedai mamak harga yang dipaparkan lain berbanding harga yang dikira....ataupun macam kedai mamak yang aku pernah makan jenuh bertanya dari satu meja ke satu meja membawa sepinggan mee goreng dan bertanya "sapa ada order mee goreng?".. TAHNIAH KEPADA RESTORAN SUBAIDAH YANG MERISNTIS TEKNOLOGI INI...DAN MENGIKIS MENTALITI KEDAI MAMAK YANG TAK PERNAH BETUL KIRA HARGA MAKANAN ATAU MINUMAMN....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan