Semasa zaman kanak-kanak hingga remaja aku cukup suka tengok rancangan dendang Rakyat yang disiarkan di TV1...Ia merupakan sebuah rancangan pertandingan seperti realiti show yang mencari bakat dalam kesenian tradisional seperti Boria dan Dikir Barat...Namun rancangan tersebut tidak diteruskan atas sebab yang aku sendiri tak tau....
Aku cukup ralit apabila melihat orang berdikir barat...seronok dengan kepetahan mereka melontarkan idea melalui pelbagai gaya dan lagu...Apabila menyebut tentang dikir barat sudah tentulah ia dikaitkan dengan Negeri Cik Siti Wan Kembang.....Kebanyakan juara dan naib juara pertandingan dimonopoli oleh pasukan yang datang dari Kelantan....
Namun ada satu tahun tu entah macam mana ada satu kumpulan dikir barat dari Melaka berentap di final...Aku cukup suka dengan kumpulan ini memandangkan hujah yang diutarakan mantap...Tetapi tewas juga akhirnya kumpulan ini kepada kumpulan dari Kelantan....Beberapa tahun kemudian....jeng jeng...jeng...
"Eh itu nasri ke....macam mana orang perak pulak berdikir barat" kata Arwah Cik Wan pegawai seranta UKM kepada Tuan Haji Salleh pengarah HEP UKM...(Dua-duanya orang perak)...semasa aku and the Gang D`Gatotrs membuat persembahan di Kelab Golf UKM...Mana idaknya aku duduk depan sekali menjadi penepuk utama. Memang aku menjadi panduan kepada penepuk lain yang semuanya orang Kelantan...Semasa selesai perembahan bertubi-tubi Cik Wan memerli aku... he he..
Aku pun tak pasti bagaimana aku boleh berminat dengan seni Dikir Barat ini....Sempat juga berdikir barat dengan Arwah Cikgu Naim....pendikir Barat tersohor di Kelantan dan Cikgu Sulizi yang beberapa kali menjadi johan Dikir Barat Kebangsaan...Kadang member-member pun naik confuse macam mana aku boleh joint Group Kelantan...Bukan setakat joint boleh berdikir sekali..
Kadang-kadang apabila Tok Joro tak de aku ambik alih tempat Tok Joro.. Tukang karut je aku tak peronah buat memandangkan Qalaqalah dan Idgham maal Ghunnah dalam bahasa Kelantan aku akan mudah dikesan oleh orang Kelantan kalau ada kesilapan...Kadang-kadang rindu aku kepada Dikir Barat datang juga....Pernah aku nak menubuhkan kumpulan Dikir Barat di sekolah tetapi kekangan peralatan....
Namun semasa persembahan hari guru baru ni (aku tak sempat nak tengkok) murid-murid aku ada membuat persembahan Dikir Barat (tanpa sebarang bimbingan)...Menurut rakan guru yang lain teruk betul persembahannya...Dalam hati aku sedih juga memandangkan aku sendiri mahir dalam Dikir Barat...Tetapi aku tak dapat membantu memandangkan aku sendiri tak tau yang ada pelajar akan membuat persembahan Dikir Barat..Kalau tidak dah tentu aku bantu...
Ini yang menimbulkan semula keinginan aku untuk menubuhkan kumpulan Dikir Barat di sekolah....Insyallah aku akan cuba mencari sponsor untuk membeli peralatan Dikir Barat...Biar aku ajar kepada pelajar aku cara Dikir Barat yang sebenar....Terima kasih kepada Tok Guru Dikir Barat aku Aisan Fadli (Sekarang ni dah usahawan kat Bali)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan