Nuffnang

Pengikut

Khamis, 14 Jun 2012

Strategi Power Restoran mamak....

Ada satu perkara yang menarik perhatian aku tentang restoran mamak apabila sebahagian besar pekerja-pekerjanya kerap menegur, mencuit, mengacah dan bertanya kepada anak-anak kecil yang dibawa oleh ibu bapa untuk makan di restoran mamak. Semasa anak-anak aku masih kecil kerap mereka diusik, ditegur, diacah dan dicuit oleh pekerja-pekerja kedai mamak...Bukan satu restoran malahan setiap restoran mamak yang aku kunjungi begitulah sikapnya...Mereka memang sukakan kanak-kanak.

Bukan setakat anak aku...anak pelanggan yang lain jugek akan diusik dan ditegur oleh mereka....Ada 2 andaian aku mengapa mereka begitu ramah dengan kanak-kanan...Pertama kebanyakan pekerja kedai mamak ni adalah mereka yang datang dari India....Mereka meninggalkan keluarga dan anak-anak demi mencari rezeki yang melimpah ruah di bumi tercinta Malaysia...

Sudah pasti sesekali terbit rasa rindu kepada anak-anak sendiri di kampung halaman...Untuk melepaskan kerinduan maka anak-anak pelanggan akan disapa dan diusik dengan mesra...Sesekali memikirkan perkara tersebut kesian jugek pada mereka ni...Mereka berada beribu batu jauhnya  dengan anak-anak sendiri di kampung halaman..bertahun-tahun di rantau orang apabila sesekali balik anakyang dulunya ditinggalkan kecil kini sudah besar...Langsung hilang saat-saat manis bersama anak-anak sendiri dalam usia kecil...

Andaian kedua mungkin majikan mereka menyuruh mereka untuk bersikap mesra dengan kanak-kanak sebagai salah satu strategi marketing...Kadang-kadang secara psikologinya apabila ada orang yang menegur mesra anak-anak kecil kita...kita akan berasa seronok..tambahan kalau ada yang memuji anak kita....kembang le mak bapaknya....yang dah kembang lagi kembang le macam kuih apam...Strategi ini sangat berkesan untuk menarik pelanggan datang semula ke restoran mereka walaupun tahap kesedapan makanan yang disediakan pada tahap biasa sahaja...

Aku teringat semasa aku masih kanak-kanak apabila setiap kali ayah atau ibu membawa aku makan di Di Restoran mamak di tepi stesen bas mengundur di pekan sungkai (Restoran Royal-dah tak de restoran ni) pasti taukeh restoran yang botak ditengah kepalanya akan menegur aku...mengusik atau mengacah....Masih terbayang lagi akan senyuman mesra taukeh tersebut..Kalau betullah andaian aku tentang itu adalah salah satu strategi perniagaan maka sebenarnya strategi tersebut sebenarnya masih terus digunakan sehingga kini dan  terbukti ia adalah strategi marketing yang sangat berjaya......Mungkin Dr. Azizan Osman boleh tambah strategi di atas sebagai salah satu strategi dalam Seminar Marketing Powernya... he he

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...