Pada minggu lepas aku menghadiri Hari keluarga hari guru peringkat Daerah Batang Padang yang diadakan di Tasik YDP Slim River....Kehadiran cukup menggalakkan walaupun 1 sekolah diwajibkan menghantar 10 orang guru bersama keluarga masing-masing namun guru yang tak masuk dalam kuota 10 orang pun ramai yang hadir...
Pelbagai acara diadakan antaranya ialah kayuhan santai, pertandingan karaoke, pertandingan gubahan, pertandingan lipatan , lukisan kanak-kanak dan pertandingan memancing...Walaupun pada masa yang sama ada acara yang lebih besar di Kampus kedua UPSI iaitu perasmian kampus kedua UPSI oleh Sultan Azlan Shah namun acara di Tasik YDP tetap berjalan dengan meriah...
Pelbagai gerai dibuka seperti gerai minuman, produk kesihatan, barang mainan kanank-kanak, gerai menjual pakaian dan macam-macam lagi....
Namun ada satu peristiwa yang amat menggelikan hati aku semasa aku hendak membeli air minuman di sebuah gerai menjual pelbagai minuman....Semasa sedang mengorder air minuman tersebut tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian seperti pelumba basikal (mungkin peserta kayuhan santai) dan bermisai melintang (macam badan dan nyawa dalam cerita Nujum Pak Belalang)...Dia berdiri betul-betul di sebelah aku...
Sambil mencedok air yang aku order makcik tersebut bertanya kepada lelaki tersebut..."Encik nak apa?" (maksudnya mungkin nak Ayor apa)....Lelaki tersebuk tidak menjawab dan diam seribu bahasa...Mak cik tu bertanya lagi "Encik Nak apa?"...lelaki tersebut terus mendiamkan diri....sehinggalah makcik tersebut mengulang 4 ke 5 kali pertanyaan tersebut.......Akhirnya lelaki tersebut menjawab "Nak Ayor satu" dalam Nada sengau yang agak dalam juga idgham maal ghunnahnya....
Nak gelak disitu kesian pulak aku nengok mukanya... terpaksa le aku tahan gelak aku....Mungkin dia berharap agar selepas aku mendapat minuman yang aku pesan dan aku beredar baru dia nak pesan minumannya...Mungkin dia berasa malu disebabkan kesengaunnya. Namun disebabkan pertanyaan yang bertalu-talu daripada makcik penjual air tersebut menyebabkan dia terpaksa jugek menjawab......"Nak Ayor satu".... Meriahnya Malaysiaku.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan