Baru-baru ni aku berkunjung ke sebuah restoran mamak yang memang terkenal di seluruh Malaysia...Dengan promosi media..dan promosi mulut ke mulut menyebabkan restoran ini dikunjungi oleh ramai orang...Sampai nak makan pun terpaksa beratur panjang....hasrat ke sini memang telah lama tersemat dalam hati. Cuma baru-baru ni hajat tersebut sampai....
Aku amat teruja dengan lauknya yang amat menyelerakan...dengan pencahayaan yang baik menyebabkan seri lauk tersebut benar-benar menerbitkan selera...Tambahan pula perut tengah lapar..Semua yang ditengok nampak sedap...Sedang menanti giliran yang agak lama juga.... mata melilau ke segenap ruang kedai....Memang semuanya nampak simple....
Disebabkan restoran ini terlampau ramai orang yang mengunjunginya menyebabkan air yang diorder ada yang tidak menggunakan gelas tetapi menggunakan jug...Berjug-jug air yang dibancuh...ada air sirap....teh ais dan sebagainya....Namun yang tak bestnya apabila aku melihat mamak ni membancuh air sirap....Seperti biasa beberapa senduk gula dimasukkan ke dalam jug...kemudian sedikit air panas dimasukkan ke dalam jug untuk mencairkan gula....
Apabila gula sudah larut maka dimasukkan pula beberapa titis sirap....kemudiannnnn.....kemudiaannnn...inilah adegan yang tak sanguup aku lihat dan amat tak ku sangka...sebab Restoran ni restoran yang terkenal......Dengan selamba mamak tersebut menambah air yang sudah dibancuh dengan air gula tadi dengan air paip menggunakan salur getah seperti salur getah di kebanyakan hotel yang digunakan untuk mandi atau membasuh n%^&* setiap kali lepas qada hajat...
Selepas itu dengan selamba ais ditambah dan dihantar kepada pelanggan....aku tengok pelanggan tu berselera je minum.....Alamak Bro Sirap air paip....Aku tak pasti untuk berkunjung lagi ke restoran ini selepas ini....Nama restoran ini biarlah aku rahsiakan... he he
Tiada ulasan:
Catat Ulasan