Setiap kali makan roti canai aku pasti akan makan roti canai tersebut bersama kuah dal atau juga disebut kuah parpu...Jarang sangat aku makan roti canai dengan kuah kari....Namun seorang sahabat aku ni sedari dulu sejak aku kenal dengan dia...setiap kali makan roti canai mesti nak kuah kari ikan...Kalau tak de kuah kari ikan memang tak berapa berselera le dia makan.
Kuah Dal sebenarnya ada karektor yang tersendiri....Kadang-kadang hanya dengan melihat warna kuah dal aku dah boleh agak kuah dal tersebut sedap atau tak sedap....Semasa zaman kanak-kanak antara kedai yang menawarkan kuah dal yang sangat Marvellous ialah Restoran Royal yang terletak betul-betul disebelah stesen bas mengundur di pekan sungkai....
Setiap kali makan di restoran tersebut menu pilihan aku ialah roti canai dan kuah dal...Memang sedap bebenor kuah dalnya....Sampai sekarang masih terbayang akan keenakan kuah dalnya...Kalau aku tak makan disitu maka setiap kali sebelum naik bas untuk balik ke Felda Trolak pasti aku akan minta mamak tersebut bungkus roti canai dengan kuah taruh atas....apabila sampai rumah kuah dal tersebut akan menyerap masuk ke dalam roti canai...memang perrghhhh rasanya...
Kini agak sukar untuk mendapat rasa kuah dal yang sedap....Hanya ada 2 buah restoran setakat ini yang aku rasa kuah dalnya sedap sesedap kuah dal zaman kanak-kanak aku iaitu sebuah restoran mamak di tengah pekan kuala kangsar dan restoran haji Tapah....Tapi di restoran haji Tapah rasa kuah dal tersebut tak maintain...kadang-kadang memang dapat rasa kuah dal zaman kanak-kanak aku...tapi kadang-kadang tak dapat...
Ada seorang seorang lagi yang aku rasa kuah dalnya mengingatkan aku kesedapan kuah dal Zaman kanak-kanak aku....iaitu kuah dal yang dibuat oleh emak kepada seorang rakan guru yang kiut orangnya (Hindustani he)...Kerap kali juga sekiranya ada yang mengorder capati daripadanya maka akan adalah kuah dal yang sedap tersebut...Betul-betul aku jatuh cinta dengan kuah dal tersebut...Memang rasanya macam rasa kuah dal zaman dulu-dulu...superb & heaven bro.....kalau lah aku dapat.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan