Nuffnang

Pengikut

Rabu, 11 Mei 2011

Alahai Ustaz Kazim....

Aku bertanya kepada anak Perempuan No. 3 aku. "Una mengapa Una selalu cakap sorang-sorang, kadang-kadang senyum, berlakon sorang-sorang". "Heh ayah ni mana ada Una macam tu?". Sambil menafikan apa yang aku saksikan setiap hari dari celahan pintu biliknya. Memang agak lucu apabila dia bercakap sorang-sorang , menyanyi sorang-sorang dan kadang-kadang berlakon sorang-sorang.

Kadang-kadang tersenyum aku sorang-sorang melihatkan telatah anak aku yang nombor 3 ni. Aku pula dah mula jatuh cinta dengan ceramah-ceramah yang disampaikan Ustaz Kazim. Setiap kali ke pekan minggu pasti akan membeli 2-3 keping CD ceramah Ustaz Kazim.

Seronok benor nengor ceramahnya yang kelakar gila. Banyak juga aku ambil idea-ideanya untuk aku masuk dalam bahan seminar aku. Tu yang kadang-kadang sambil mandi pun terikut-terikut bercakap sensorang macam Ustaz Kazim. Kadang-kadang terkeluar juga gaya percakapan Datuk Yusuf Haslam.

Hari ini sedang aku mandi aku mengajuk perkataan yang dicapkan oleh Ustaz Kazim antaranya "Ostazah....." "Ciiiikgu..." . Rupanya-rupanya apa yang aku cakap anak perempuan nombor 3 aku curi-curi dengar. Apalagi dia pun memulangkan paku buah kerasnya "Oh ayah cakap Una cakap sorang-sorang ye". "Tu yang ayah cakap-cakap sorang-sorang tu tak pe". Alamak terdiam aku seketika....Sambil aku tersenyum memikirkan apa yang diperkatakannya.... Alahai Una....

Khamis, 5 Mei 2011

Ma i gah (Apa khabar dalam bahasa asli)

Semasa mengendalikan dua program terakhir di sekolah sahabat-sahabat aku, aku amat teruja dengan sambutan yang diberikan oleh peserta yang menyertai program aku. Umpamanya di sekolah SMK SRi Tapah walaupun menghadapi kekangan masa dan masalah teknikal namun semangat pelajar yang melakukan setiap aktiviti yang aku berikan amat menyentuh hati aku.

Walaupun terdiri daripada kelompok pelajar yang agak lemah kerana majoriti pelajarnya orang asli namun komitmen yang mereka berikan memang superb. 3 jam aku berkongsi idea bersama mereka berlalu dengan begitu cepat, Sehingga terdetik dalam hati "kalau lah aku dapat dijemput lagi mahu rasanya aku mencurahkan seluruh tenaga dan pengetahuan aku pada tahap yang maksimum".


Yang paling menyentuh hati aku dalam sesi terakhir bukan sahaja semua pelajar menitiskan air mata tetapi ada di kalangan guru juga yang begitu sebak sehingga tidak dapat menahan deraian air mata. Aku sendiri pun tak dapat menahan sebak apabila melihat hampir keseluruhan peserta menitiskan air mata.


Tahniah pelajar SMK SRi Tapah anda menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempertingkatkan kualiti bahan dan penyampaian. Di SMK Slim lain pula ceritanya. Pelajar-pelajar disini tergolong dalam pelajar yang bijak dan berdisiplin tinggi. Mulanya agak kekok juga untuk aku berkongsi idea dengan mereka.


Namun disebabkan komitmen dan kesungguhan tinggi yang ditunjukkan oleh pelajar dan guru-gurunya akhirnya aku berjaya menarik seluruh perhatian mereka terhadap bahan-bahan yang aku sampaikan. Namun sekali lagi kekangan masa yang membataskan utnuk menyampaikan keseluruhan bahan aku dengan lengkap dan sempurna. 4 Jam satu jangka masa yang amat cepat berlalu.


Untuk masa akan datang aku berharap pihak sekolah memberikan aku untuk membuat program selama sehari bagi melengkapkan semua modul. Namun pelajar-pelajar amat cepat menangkap apa yang aku kongsikan dengan mereka. Rata-ratanya berjaya menghasilkan peta minda dengan baik dan menepati konsep sebenar peta minda.

Kalau diberi peluang lagi mahu juga aku berkongsi tentang tranformasi minda dan kaedah mengingat fakta secara mudah , berkesan dan menyeronokkan. Tahniah kepada semua pelajar Sri Tapah dan SMK Slim. Anad memberi saya inspirasi untuk memperkemaskan lagi bahan dan cara penyampain.

Hari sabtu ini aku diminta membantu menaikkan semangat pemantun sekolah yang berjaya menajdi johan daerah dan sedang bersiap sedia untuk bertanding di peringkat negeri... Keep it up....Lets have a fun...

Kini Lemang boleh di bakar di dalam rumah



Semalam aku mendapat hasil pertama daripada website internet buisness yang aku kongsi bersama rakan yang merupakan seorang pakar dalam pembinaan website. Sebenarnya website ini telah lama dibangunkan untuk memasarkan produk Lemang Cooker.


Yang bestnya tu serius buyer ni sanggup datang dari Negeri Sembilan semata-mata untuk membeli produk tersebut. Macam tak percaya pulak rasanya surat jualan yang aku tulis berjaya meyakinkan dan menambat hati pelanggan. Dia terus membeli 3 unit LemangCooker sekaligus.


Produk ini sebenarnya direkacipta konsepnya oleh rakan aku dan pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan. Sememangnya lemang yang dihasilkan setanding mutunya dengan yang dibakar secara tradisional. Kini lemang boleh di bakar di dalam rumah.


Website ini belum sempurna sepenuhnya namun untuk mendapatkan maklumat asas dan untuk membuat tempahan anda boleh melayari website ini...http://www.lemangcooker.com/ Kalau nak jadi pengedar ada insentif menarik untuk anda...

Rabu, 4 Mei 2011

HIGH IMPACT SMART STUDY

Permintaan untuk Seminar High Impact di Ipoh pada 26.6.2011 sudah mula menampakkan tanda-tanda positif. Belum sempat dipromosikan sudah ada yang bertanya. Semua bahan promosi akan siap pada minggu hadapan.



Pada minggu hadapan juga akan bermulalah promosi secara agresif. Kepada yang berminat untuk menyertai seminar ini atau menjadi ejen boleh E-mail aku nasriabidin@yahoo.com. Jangan ketinggalan sebab tempat terhad daan limited.


Gelombang Smart Study di Malaysia semakin membesar dan bahangnya akan menghangatkan pelajar-pelajar sekitar bandaraya Ipoh dan kawasan sekitarnya. Percayalah pada setiap peserta yang hadir akan pulang tersenyum puas. Penyampaian bersahaja dan penuh humour menjadikan semua peserta akan melekat dibangku sehingga akhir seminar.....

Ahad, 1 Mei 2011

Bihun Sufi



Aku nak promote sikit pada kome tentang bihun. Untuk pengetahuan kome tak banyak syarikat bumiputera yang mengeluarkan bihun. Kebanyakan yang buat bihun syarikat cha ya nun alif. Maka sudah pastilah keraguan pada bahan dan cara pembuatannya membuat hati sentiasa mejadi was-was.

Kata kawan aku "Ri engko jangan was-was makan je... nanti kalau was-was banyak benda tak buleh makan". Itu pandangan dia. Aku tetap berwaspada tentang apa yang aku makan. Contohnya macam bihun jenama (aku tak boleh tulis kat sini... siapa yang nak senarai hantar ke email aku nasriabidin@ yahoo.com.)

Yang lebih menjijikkan lagi kilang bihun ini betul-betul terletak sebelah kandang babi... Hanya pagar memisahkan mereka. Ramai juga pemborong melayu yang membelinya. Eiiii yekh.... Oleh itu apabila anda nak makan bihun belilah bihun yang dibuat oleh orang Islam.

Umpamanya Bihun sufi yang seratus-peratus buatan bumiputra Islam. Halalan Toyyiba dan tanpa bahan pengawet. Taukehnya adalah Encik Shawal Akbar Mohamed anak murid Dr. Azizan Osman. Buat masa ini permintaan Bihun sufi amat menggalakkan. Rasanya juga sedap dan standing malah lebih baik berbanding bihun buatan cha ya nun alif.

Tak perlu direndam air panas. Hanya rendam di dalam air sejuk beberapa minit bihun boleh terus di masak. Bertukarlah ke Bihun Sufi.... Kini tiada was-was lagi....

Lampu Kabaid



Hari ni hari cuti yang cukup mendamaikan bagi aku.... pagi-pagi aku dah ngikut orang rumah ke pekan ahad di Sungkai. Setibanya di pekan Ahad macam biasa bawak anak-anak makan nasi lemak Sahriff Lobo sementara orang rumah meli ikan dan sayor untuk bekalan seminggu. Aku macam biasa makan capati lembut Kak Ju... huh nalerke...


Orang hari ni memang rame bebenor. Sampe tak de tempat duduk di kedai Shariff Lobo. Namun aku tak buleh jugek lama di Pekan Ahad ni sebab jiran aku ada mengadakan kenuri kawin. Balik dari Pekan Ahad terus je ke Rumah Jiran kenuri. Orang dah rame.. kompang pun dah berbunyi. Aku terus je ke agenda makan nasi minyak... Sedap jugek nasi minyak ni makan dengan ulam-ulaman sambil nengor Pak Cik Piton mengenang zaman awalnya duduk di Felda.


"Ri kamu ingat tak lagi zaman paip ayor kongsi empat lima orang?" "Apa pulak tak ingat jawab aku.". Sambil fikiran melayang ke zaman itu. Jarak rumah aku dengan paip ayor kira-kira 100 meter. Maknanya untukmendapatkan ayor ayah aku terpaksa sambung getah panjang. Apabila nak guna ayor terpaksa menapak jauh ke paip air kemudian sumbatkan hujung getah ke kepala paip.


Maka ayor pun di takung le dalam besen atau lain-lain bekas. Yang tak syoknya tu kadang-kadang belum habis nakung ayor dah ada yang nyabut paip tersebut. Terpaksa le menapak balik ke paip ayor untuk nengok sapa yang mencabutnya.


Kadang-kadang tengah mandi ayor tak de...memang panas hati..sape pulak mencabutnya. Jalan raya pulak memang tak de masa tu. Semuanya jalan batu crasher run.... Elektirk pun belum ada lagi... ada yang guna pelita minyak gas ..ada yang guna pelita ayam....lampu kabaid...Namun rumah aku agak canggih sikit sebab guna lampu gasoline.


Apabila Nak masuk waktu senja ayah aku mula le ngepam lampu gasoline. Goyang lebih sikit lambu gasolin jadi rapuh dan pecah. Terpaksa le ganti baru lampunya. Lampunya macam benang-benang halus yang ditenun cantik. Apabila nak menutup lampu maka angin yang dipam tadi perlu dikeluarkan . Maka berbunyi le seeeeeeeeeee... lampu pun akan padam.


Setelah itu yang didengari hanyalah bunyi cengkerik dan unggas malam sebagai peneman sebelum mata terlelap. Indahnya kenangan itu... tak dapat nak dibayangkan. Pak Cik Piton berjaya mengembalikan nostalgia zaman silam aku yang penuh dengan pelbagai rasa, warna yang bercampur-campur antara suka dan duka.....Sempat juga sembang dengan Deris... Katanya dia stop dulu jamming menjamming ni nak tumpukan pada kerjaya... Keep it up Bro...

Sabtu, 30 April 2011

Hello Bro lu silap kubur la....

Pada satu pagi yang amat tenang dan mendamaikan tiba-tiba aku mendapat berita daripada sahabat baik aku yang bapanya telah meninggal dunia. Memandangkan pada pagi tersebut aku memang ada urusan di pekan berhampiran kampung sahabat baik aku yang bapanya meninggal dunia, maka aku memutuskan untuk menyelesaikan dahulu urusan aku di pekan tersebut.



Sambil menyelesaikan semua urusan di pekan tersebut fikiran aku sentiasa teringatkan sahabat aku yang kematian bapanya. Memang rasanya ingin cepat benar aku ke kampungnya untuk menziarahi jenazah bapanya. Kalau boleh biarlah aku tiba dirumahnya sebelum jenazahnya di bawa ke kubur. Namun disebabkan banyak urusan di pekan tersebut maka aku terlewat ke rumah sahabat tersebut.


Kalau sempat mengiringi jenazah ayahnya ke kubur pun pada aku dah kira ok dah. Selesai sahaja urusan aku terus memecut ke kawasan kampung sahabat aku. Memandangkan jalannya berbelok-belok maka aku tidak dapat memecut laju. Dalam hati berkata-kata sempat ke aku mengiringi jenazah ayah sahabat aku. Setiba aku di kawasan kubur kampung sahabat aku, aku lihat banyak kereta yang memasuki kawasan kubur tersebut. Aku pun terus sahaja mengikut kereta-kereta tersebut masuk kekawasan perkuburan.


Disebabkan aku lewat aku tidak sempat menoleh ke kiri dan kekanan. Matlamat aku hanya satu untuk duduk paling hampir dengan lubang kubur untuk melihat pengebumian arwah ayah sahabat member aku. Sempat juga aku melihat jenazah dimasukkan dalam liang lahat. Serta-merta perasaan sedih menyelubungi aku. Hampir menitis air mata dan berasa sangat sayu apabila melihat tanah kubur di kambus sedikit demi sedikit. Tambahan pada masa itu ingtan aku melayang mengingatkan tatkala arwah emak aku dikebumikan.


Selesai urusan pengebumian aku duduk mendengar talkin. Selepas itu baru aku sempat memerhati sekeliling, rasa pelik mula menyelubungi aku... jeng... jeng... jeng..Semua orang yang ada di kubur tersebut aku tak kenal. Batang hidung sahabat aku pun aku tak nampak. Abang-abang member aku yang selau aku bersembang dengan mereka tatkala aku datang ke rumah sahabat aku jugek tiada. Perasaan cuak mula menyelubungi.


Patut le masa aku duduk berhampiran lubang kubur ada yang melihat aku dengan penuh kehairanan. Namun aku teruskan juga mendengar talkin dibacakan. Habis sahaja talkin aku pun beredar sambil bercadang untuk menelefon sahabt baik aku. "Raja ada kat mana?" tanya aku kepada sahabat baik aku Raja melalui telefon bimbit. "Kat rumah jawab raja?". Aku jadi lebih konfius. Mula aku berfikir yang bukan-bukan.


"Raja aku kat kubur ni" "Kat kubur kata raja ?" dalam nada kehairan. "Ayah aku dah di kebumi awal tadi, semua dah balik" Kata Raja . Hah hati aku berdegup kencang.. ah sudah kubur sapa pulak yang aku pergi tadi ke.. aku dah masuk ke alam lain.


"Tak pe le raja aku akan terus ke rumah engko". Aku pun terus memecut ke rumah raja. Setiba di sana barulah aku mendapat tahu rupa-rupanya di kawasan kampung Raja ada dua kubur. Dan kebetulan pada hari tersebut ada 2 kematian yang dikebumikan di kubur yang berlainan. Aku dah tersilap.


Disebabkan terlampau gopoh dan nak cepat aku dah terziarah kubur orang lain. Nak ketawa macam tak berapa sedapa sebab aku kat rumah orang meninggal dunia. Namun akhirnya ketawa jugek aku dan raja mengenangkan kesilapan aku. Alahai kubur pun boleh silap.... he he he he. Nasib baik jenazah tu tak cakap "Hello Bro lu silap kubur la"

Belacan, Bah Roy dan Markonah



Lama aku tak berceloteh tentang anak-anak murid aku. Sebenarnya banyak cerita menarik yang aku simpan dalam memory CPU kepala hotak aku ni. Cuma kadang-kadang memang mood tak mari untuk menulis. Apabila mood tak mari, maka dalam tulisan aku tidak akan ada rasa. Dan apabila tidak ada rasa maka rasa dalam tulisan aku tidak akan dirasai oleh orang yang membaca.


Sebenarnya dalam ramai-ramai anak murid aku ada 3 orang anak murid yang aku rasa paling unik. Apabila mula ditukarkan ke sekolah sekarang aku menjumpai seorang anak murid yang diberi gelaran BELACAN. Keunikan belacan ialah walaupun dah masuk ke sekolah menengah Belacan masih bermain dengan kereta-kereta kecil.


Apabila Belacan rasa nak main kereta dia akan keluarkan kereta tersebut daripada begnya dan mula menggerakkan kereta-keretanya di atas mejanya. Yang aku tak tahan siap dengan sound effectnya. Ada macam-macam bunyi yang keluar. Apabila dirampas kereta tersebut Belacan akan merengek-rengek macam budak kecil.


Itu cerita tentang Belacan, Kemudian aku berhadapan pulak dengan pelajar yang bernama Bah Roy. Antara pengalaman awal dengan Bah Roy yang aku tak boleh lupa apabila Bah Roy melepaskan hajatnya di dalam kelas. Melantung satu kelas bau kumbahan Bah Roy. Hampir sebulan juga kelas tersebut berbau hasil kumbahan Bah roy.


Antara pengalaman aku dengan Bah Roy yang aku paling tidak boleh lupa apabila pada satu hari ada pelajar yangbertanya aku "Cikgu, cikgu dah jumpa ke Sean Kingston?". "Sean Kingston?". Dalam hati aku "Sapa pulak Sean Kingston?". "Cikgu tunggu sini sikit lagi Sean Kingston akan lalu" Selepas beberapa ketika tiba-tiba lalu lah Bah Roy dengan kakinya yang ringkat.


Pelajar tersebut bersuara "Cikgu inilah Sean Kingston, serupa tak cikgu?". Dalam hati aku "ada juga irap-irap Sean Kingston Bah Roy ni". Pelajar seterusnya yang tak kurang uniknya ialah Markonah (Bukan nama sebenar). Markonah merupakan pelajar yang paling lemah, namun mulutnya cukup petah bercakap.


Kegemarannya ialah berlawan cakap dengan sesiapa sahaja yang mengusiknya. Antara perkataan yang menjadi trademark kepada Markonah ialah "Hek eleh...engko apa hal?". Selepas salam perkenalan menggunakan ayat di atas maka mulutnya akan terus menghamburkan macam-macam perkataan yang tak sanggup aku tulis. Selalunya pelajar lemah agak pasif. Tetapi Markonah walaupun lemah tetapi dia sangat hiper aktif.


Kadang-kadang dengan selamba dia memangkah pelajar-pelajar yang lebih senior dariapadanya. Kadang-kadang aku terfikir kalau lah Markonah ni normal macam pelajar lain nescaya dia mampu menjadi pendebat sekolah. Sebab idea-idea spontanya mampu mematahkan hujah-hujah pelajar yang lebih senior. Apabila diusik tentang Pak wenya yang bernama BOBOY , Markonah akan tersenyum panjang. Wah jiwang karat jugek Markonah.


Itulah 3 orang pelajar aku yang aku rasa amat unik dan mempunyai karektor yang tersendiri yang amat mencuit hati. Pelbagai warna yang ada dalam karektor pelajar ini. Memang bestlah ketiga-tiga pelajar ini. "Hek Eleh Engko Apa Hal".........

Khamis, 28 April 2011

HIGH IMPACT SMART STUDY



Semalam Sifu aku telah menconfirmkan tarikh seminar yang bakal aku anjurkan bersamanya. Lama jugek menunggu tarikhnya. Akhirnya dapat juga aku tarikh 26.6. 2011. Insyallah mulai sekarang aku akan berusaha untuk mempromosinya. Dengan sedikit pengalaman yang ada satu ketika dahulu aku yakin seminar ini akan berjaya.


Cuma tumpuan yang lebih terhadap promosi. Aku jugek telah meminta sahabat baik aku yang memang terror dalam bidang grafik untuk merekacipta poster dan brochere yang akan jadi alat utama untuk aku mempromosikan program tersebut.


Kepada yang berminat untuk mempromosikan program ini ada token untuk anda. Hanya buka mulut .. ceritakan program ini kepada mereka yang berminat dan dia daftar melalui anda maka anda akan dibayar sejumlah wang saguhati...Amat mudah.


Di atas adalah brochere contoh.. kalau ada komen tinggalkan di ruangan ulasan.

Isnin, 25 April 2011

Energy Controller Part 2



Hi hi hi bertemu lagi kita dalam siri kedua Energy Controller. Setelah selesai urusan memberi salam kepada cikgu. Maka tibalah part yang kedua yang tidak kurang pentingnya. Setelah pelajar duduk di tempat masing-masing, kita kena pastikan ruang-ruang kosong yang ada dipenuhi. Lagi dekat dengan guru lagi bagus. Aura akan lebih sampai.


Bagi kelas yang peratus kehadirannya rendah terutamanya kelas yang hujung maka sudah pastilah pada setiap hari akan ada banyak bangku yang kosong. Kadang-kadang mengambil masa sedikit untuk menggerakkan pelajar di bahagian belakang memenuhi ruang di depan. Pada peringkat permulaan aku melaksanakannya memang sukar.


Ada yang tak mahu berubah. Ada yang pindah di sebelah kawan baiknya. Ada yang langsung tak respon. Namun lama kelamaan apabila perkara ini sudah menjadi rutin akhirnya ia menjadi auto. Namun yang paling baik biarlah kita yang menentukan di mana mereka nak duduk. Cara ni lebih berkesan sebab kita yang tahu dan kenal tahap kenakalan dan kebuasan pelajar kita.


Namun akhir-akhir ini aku amat teruja untuk menyuruh pelajar aku melontarkan kata-kata semangat seperti yang diamalkan oleh syarikat-syarikat besar Jepun dan Korea setiap kali sebelum masuk kerja. "SMK Sg Kuit Go Go Go" "SMK SG. Kruit Fight.. Fight ... Fight". "SMK Sg Kruit Win... Win ... Win". "SMK Sg. Kruit Boleh" "Malaysia Boleh" "3I Boleh" . Sambil bergemuruh tepukan tangan selepas itu. Ada dua matalamat. Yang pertama ini sebagai satu bentuk ransangan minda bawah sedar yang sangat hebat kesannya kepada pelajar dalam jangka masa panjang.


Yang kedua ia dapat menceriakan suasana. Kerana kadang-kadang pelajar atau guru tersebut tersilap menyebutnya ia akan menjadikan satu kelas ketawa. Mood kegembiraan awal-awal lagi dah wujud. Lebih mudah kita nak menyentuh hati pelajar selepas itu. Semasa menghadiri kursus ESQ pengasas ESQ iaitu Pak Ary Ginanjar sering melauangkan semangat pagi... pagi...


Katanya semangat pagi itu adalah semangat Dhuha yang perlu dilaungkan bagi memotivasikan kita yang sentiasa bersemangat seperti waktu pagi walaupun hari sudah petang. Ini juga aku amalkan. Laungan pagi sentiasa bergema dalam kelas yang aku masuk. Laungan pagi juga menjadi alat untuk menyegarkan semuala pelajar apabila aku melihat mereka semakin layu.


Bagi yang tak paham pentingnya create suasana kelas maka langkah kaki akan sentiasa longlai setiapa kali masyuk kelas terutama kelas yang mereka tidak sukai. Percayalah kalau anda amalkan apa yang saya kongsikan bersama anda suasana kelas anda akan totally change 360 darjah. Namun nanti aku akan ceritakan tentang elemen tambahan atau penyedap rasa sepanjang sessi PnP di dalam kelas. Berjumpa lagi dalam siri sterusnya Asaalamualailkum.....

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...