Nuffnang

Pengikut

Khamis, 21 Mac 2013

Suatu Ketika ....Dekatnya Rasa 2

 
Aku cuba mencari jawapan mengapa aku jadi begitu...Sebenarnya sebelum itu aku kerap sakit seperti demam, batuk, sakit kaki den sebagainya.... Setelah terjaga pukul enam petang aku bangkit dan duduk di kerusi sendirian sambil menonton TV.... Pada ketika itu bermacam-macam persoalan bermain di kepala...aku terus cuba mencari jawapan mengapa...Hati ini seolah-olah bermonolog dengan tuhan sambil terus bertanya mengapa...Semakin aku fikirkan semakin kusut rasa fikiran....Sambil itu aku menekan remote untuk mengubah channel di decoder Astro. Dari satu Chanel ke satu Chanel... Seperti biasa aku cukup suka dengan chanel yang berkaitan dengan ceramah sama ada agama atau yang berkaitan dengan pembangunan diri.
 
Tiba-tiba hati aku amat kuat untuk mendengar program ceramah agama yang disiarkan di satu Chanel di Astro...Pencemarah pula menceritakan tentang persolan hati...Semakin aku mendengar ceramah tersebut semakin dekat rasanya dengan jawapan yang aku cari...Mungkin ini caranya tuhan menjawab persoalan yang aku tanyakan kepada tuhan.... Antara perkara yang menyentap benak fikiran aku ialah kata penceramah tersebut berkata hati yang kotor ialah milik mereka yang banyak mengata orang...mengumpat orang dan memperihalkan keburukan orang lain kepada orang lain....
 
Pada masa yang sama aku teringat kata-kata Dr. Muhaya  "75% penyakit berpunca daripada minda dan hati yang sakit" dan satu lagi kata-kata Dr. Muhaya yang amat aku ingat ialah "Dunia dalaman menentukan dunia luaran". Apabila aku kombinasikan kedua-dua hujah ini maka rasanya aku dah berjumpa jawapannya....Sedar Tak sedar air mata aku mengalir dan mulit terus  beristighfar sambil mengucapkan terima kasih kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim....Aku dah bertemu jawapan tentang sakit-sakit yang aku alami sejak akhir-akhir ini......Aku mula sedar satu demi satu kesilapan yang aku lakukan selama beberapa minggu kebelakangan ini... Hati dan minda aku memang tak tenteram kerana banyaknya aku mengata dan mangumpat orang  serta membuka banyak keburukaan orang walaupun kadang-kadang perlakuan orang yang aku kata itu memang salah dan tak sepatutnya orang itu lakukan.
 
Tetapi apabila berfikir semula tentang apa yang aku lakukan aku mula bermonolog dalam benak fikiran aku sendiri  Siapalah aku untuk menghukum kesalahan orang tersebut....Fikiran mula kembali tenang setenang-tenangnya setelah aku mendengar ceramah penceramah tersebut di dalam TV. Ilmu tentang kejiwaan ini sebenarnya aku dah belajar dengan banyak sifu di Malaysia...tak kurang juga aku perolehi melalui pembacaan...Tetapi kadang-kadang aku terlupa pada ilmu-ilmu yang aku pernah ada.....Aku menanam azam untuk tidak mengata orang ...tidak mencari masalah dengan orang,...berkawan dengan semua orang....bekerja dengan penuh seronok tanpa stress........Yang lebih penting biarlah kerja aku tak dipandang manusia tetapi di paandang tuhan...Teringat kata-kata Dr. Ary Ginanjar pengasar ESQ 165 "Biarlah kita mengutip hasilnya disana"
 
Namun sebagai manusia sudah pastilah aku tak dapat memenuhi kesemuanya...Namun setakat ini aku berjaya mengurangkan....Memang aku sentiasa create suasana happy dengan rakan sekerja dan juga pelajar-pelajar aku....Hobi aku yang suka menyanyi , bergurau, mengusik memudahkan laluan untuk mendidik minda dan hati supaya sentiasa tenang dan gembira. Alhamdulillah badan semakin terasa sihat....Fikiran kembali tenang.
 
Aku cuba memekakkan telinga dan kadang-kadang aku menjauhkan diri apabila mendengar orang merungut, tak puas hati itu dan ini, selalu mengatakan orang lain salah dan pelbagai yang negatif...Aku perbanyakkan mencari unsur-unsur yang positif yang boleh menaikkan self esteem aku...Biarlah oarang lain dengan cara mereka...aku tetap dengan  cara aku...Happy go Lucky....Apabila Sakit barulah terasa nikmatnya sihat....Aku cuba nak memahamkan tentang konsep yang aku faham kepada sahabat yang aku amat rapat dengan aku...tetapi setakat ini aku belum berjaya...Tapi tak mengapa  biarlah aku yang memulakan dahulu....

Kata Nabi Daud

" Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, seperti mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dilihat oleh orang yang sakit"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...