Hari jumaat jadual aku tak banyak...Hanya ada dua masa..Kedua-dua masa tersebut adalah untuk kelas hujung aku. Aku suka kelas ni sebab disini aku dapat menerapkan konsep Fun Learning yang dah lama aku gunakan apabila mengajar di kelas hujung. Konsep Fun Learning ialah mencipta suasana yang menceriakan sebelum menyampaikan sesuatu maklumat dalam bentuk tulisan atau lisan.
Dalam bentuk tulisan nota yang aku salin di atas papan putih menggunakan empat jenis warna (lagi banyak lagi bagus). Setiap maklumat sudah dipermudahkan sama ada dalam bentuk Peta Minda Kreatif atau Kata Kunci dan sebagainya. Kadang-kadang aku selitkan dengan pelbagai grafik da lukisan yang sesuai. Sebab dalam konsep Fun Learning tulisan pelbagai warna, isi yang mudah dan ringkas serta gambar akan cepat dirakamkan oleh Minda serta memberi kelegaan kepada minda. Kaedah ini akan dapat mengurangkan stress bagi guru yang mengajar dan murid yang belajar.
Pada hari ini (hari jumaat) aku cuba menerangkan Konsep Persekutuan Tanah Melayu atau ringkasnya PTM. Seperti biasa sebelum aku terangakan apa itu PTM aku akan pastikan mereka boleh menyebut dengan lancar perkataan Persekutuan Tanah Melayu. Aku akan menyebut dahulu kemudian pelajar akan mengikutnya dengan sebutan yang kuat.Kadang-kadang samapi bergegar kelas. Rasa macam sekolah tadika le pulak. Selepas itu aku akan meminta seorang demi seorang pelajar menyebut. Dengan cara ini mereka akan lebih cepat ingat apa itu PTM.
Dalam ramai-ramai pelajar tersebut ada seorang pelajar yang agak sukar menyebut perkataan Persekutuan. Kali pertama dia menyebut PERKUTUAN....aku memintanya menyebut sekali lagi...kali ini PEKUTUAN....kawan-kawan yang lain dah mula ketawa....Pelajar tersbut dah mula panik....aku menyuruhnya menyebut pada kali ketiga....kali ketiga ni aku tak berapa sanggup nak dengor....agak risau dan lucu jugek....apabila dengan penuh ragu-ragu dia menyebut PERSETUBUHAN....
Apalagi lagi makin kuat rakan-rakannya mentertawakan dia...merah padam mukanya....Macam mana PERSEKUTUAN boleh jadi PERSETUBUHAN.....Ngeri I.......Auwwwwwww.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan