Syok juga sesekali bercerita kenangan lama dengan salah seorang sahabat yang paling rapat dengan aku ketika ini. Pengalamannya bertugas di pedalaman Miri di Sarawak menyebabkan pelbagai cerita yang menarik, suka duka dan tak kurang juga pengalaman tragis yang dialaminya semasa bertugas di tempat tersebut. Sekolahnya amat jauh di pedalaman. Hanya bot yang menjadi penghubungnya dengan dunia luar. Sekolah yang terletak di kawasan penduduk iban memberikan sariwarna hidup yang tidak pernah terduga dalam hidupnya.
Hari sukan sekolah merupakan hari pesta bagi masyarakat iban yang tinggal di kawasan berhampiran. Dua Minggu sebelum sukan masyarakat Iban disitu akan bergotong royong membersihkan kawasan padang dan kawasan yang berhampiran dengan padang. Disebabkan tiada mesin pemotong rumput maka mereka membersihkan padang dengan cara manual. Beberapa Kawasan berhampiran padang akan ditandakan untuk didirikan khemah yang akan dihuni oleh penduduk rumah panjang daripada beberapa kawasan rumah panjang berhampiran sekolah.
Selama tiga hari penghuni rumah panjang akan mendiami khemah yang didirikan di kawasan sekolah. Beberapa khemah didirikan bagi mewakili rumah panjang masing-masing. Selama tiga hari itu selain sukan sekolah turut juga diadakan acara lain daripada pagi hingga melewati tengah malam hingga ke subuh. Acara tarik tali antara rumah panjang, pertandingan mendayung sampan panjang, bot laju dan sukaneka turut diadakan.
Pada waktu malam pula akan diadakan pertandingan nyanyian. Acara ini yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jumlah peserta yang menyertai pertandingan tersebut ada kalanya seramai beratus orang. Menyebabkan dari satu malam terpaksa disambung ke malam berikutnya. Lagu-lagu yang menjadi pilihan ialah lagu-lagu Inggeris dan lagu-lagu dalam bahasa Iban. Menurut sahabat aku ni antara lagu iban yang banyak dinyanyikan oleh peserta bertajuk "Bujang Sigat". Yang tak best tu kata sahabat aku ...dia selalu diminta jadi hakim...Pertandingan kadang-kadang sampe subuh....Pada waktu siang dia juga terpaksa menjadi hakim sukan..
Katanya kadang-kadang semasa mengadili pertandingan nyanyian tersebut sampe tertidur dengan nyenyaknya....Kadang-kadang peserta terpaksa mengejutkan hakim yang tidur nyenyak untuk mengadili nyanyian mereka.Disebabkan selalunya dia menjadi hakim nynyian kadang-kadang Pertandingan nyanyian yang diadakan di tempat lain pun dia juga dijemput jadi hakim. Jemputan amat special kerana dia akan dijemput dengan sampan panjang untuk ke tempat pertandingan. Sahabat aku ni pulak sebenarnya amat buta seni...menyanyi pun memang tak buleh....Katanya hantam je la untuk menjaga hati orang kampung..... Alahai Bujang sigat....Mahalnya pengalaman itu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan