Nuffnang

Pengikut

Ahad, 29 Mac 2009

Selamat pagi YB

Baru-baru ni Yb tempat aku bercakap soal agama di perhimpunan agung UMNO. Macam-macam disentuh. Kalau dihayati ucapannya rasa nak meleleh air mata. Insaf sangat rasanya. Tetapi sendiri mau ingat la. Pekung tetap pekung. Cakap lah macam mana pun pekung tetap orang akan dapat hidu baunya. Ini yang aku takut. Cakap tak serupa bikin.

Kalau kome tak kene dia rasa terharu lah bila mendengar dia bercakap. Tapi kalau kome kene sape dia, rasa nak muntah nengornya. Aku minta maaf kebenaran tetap kebenaran. Kome tau sepanjang dia dilantik sebagai YB apa pembangunan yang dibawa. Sedangkan kedudukan kawasan aku di antara lembah kinta dan lembah kelang. Aku percaya kalau Mat Taib YB sini dah lama kawasan ni membangun.

Kesan idea pembangunan bersama perak selangor tercetus idea pembinaan kilang proton. idea sapa? Idea mat taib tapi ada orang lain yang mengaku. Cerita bab agama. Ramai orang cadangkan supaya YB aku turun setiap hari jumaat ke masjid-masjid di dalam kawasannya. Kome tau apa jawabnya. Langsung tak jawab membisu dan membatu.

Melawat kawasan langsung tak de. Kebajikan penduduk felda yang selalu bagi undi selamat kat dia langsung tak dihargai. Malah kebajikan penduduk felda diabaikan. Lepas tu banyak pula cerita peribadi yang sensasi (aku tak sanggup nak tulis kat sini).

Ada cerdik pandai dicantasnya. Ketua pemuda proxy yang dia lantik tak berpelajaran lepas tu ada kes ketua pemuda ni yang dah keluar surat khabar dan buletin utama. Ketua putri pun macam hampeh pelajaran tak de kelentong ada diploma la itu la ini la. Memang bermasalah. Macam mana nak menarik golongan muda nak mendekati UMNO. Makin jauh makin jauh. Aku tak kisah kalau tak de pelajaran asalkan berkebolehan. Masalah mereka ni dipilih kerana mudah cucuk hidung

Belum cerita tender dan projek semua kome & kroni yang dekat sapu. Yang jauh-jauh ni meleleh ayo lior le. Selagi golongan macam ni memimpin dalam UMNO cita-cita presiden baru akan terus terkubur dan UMNO akan menjadi pembangkang dalam PRU 13. Mintak maaf cakap sabah,sarawak dan johor telah menunujukkan tanda-tanda angin perubahan. Kalau 3 negeri ni ada masalah maka masa depan BN kabur. Kecuali undi hantu dan lain-lain taktik kotor. Tambahan PRU 13 banyak persempadanan semula.

Cakap la apa pun. Kalau hanya cakap tak diikuti dengan perbuatan mintak maaf calo delhi !. Aku nak tengok sangat pemimpin yang betul-betul bekerja untuk rakyat atau lebih tepat disebut wakil rakyat yang tidak mementingkan kepentingan perut dan bawah perut. Janji YB ni tak pernah tepat. Perasmian apa-apa yang dah confirm selalu cancel last minit. Aku tau sebabnya kedekut nak bagi peruntukan. bila minta tak pernah yang ada.

MCA la tempat nak mintak peruntukan. Tahniah Ong Ka Cuan sangat prihatin. Kome tau 2 tahun tahun lepas MCA luluskan peruntukan untuk program merdeka RM 3,000. Lepas tu sedo-sedoje puak ni sapu. Last-last MCA kesian kat aku dia bagi lagi RM 1,00.00 Dapat le aku jalankan projek. Kadang-kadang bila bersembang ngan puak ni macam ita ni bodoh sangat.

Bayangkan peruntukan banyak itu pun nak sapu kalau yang besor-besor tu aku rasa cerite pun tak keluo senyap je. Macam mana orang nak percaya. Sepatutnya letak la jawatan dah tau orang tak suka dan perkhidmatan macam hampeh. Woi Blah la!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...