Nuffnang

Pengikut

Isnin, 9 Mac 2009

Area 51



Aku dah lama mendengar tentang misterinya area51. Dalam internet dan youtube banyak memaparkan tentang bertapa misterinya kawasan ini. Berdasarkan bukti semasa jelas menunujukkkan bahawa kawasan ini merupakan kawasan yang dirahsiakan oleh kerajaan Amerika.

Namun apabila perkara ini di bawa ke mahkamah pihak kerajaan terpaksa mengakui kewujudan kawasan ini setelah merahsiakannya hampir empat dekad. Apa yang menghairankan kewujudan kawasan ini tidak disedari oleh kongres Amerika. Mereka juga tidak tahu daripada mana peruntukan untuk membiayai operasi kawasan ini yang mencecah billion dolar.

Para pengkaji parnormal mendapati suatu misteri yang belum dapat dirungkaikan kerana kawasan tersebut tidak boleh didekati dan lokasinya yang terletak di gurun. Berdasarkan imej satelit dan imej daripada google earth juga masih belum mampu merungkai misterinya.

Ada yang mendakwa UFO wujud disini kerana penemuan objek-objek ganjil dalam gambar yang dirakamkan. Namun pihak kerajaan terus berdiam tanpa sebarang maklumat. Ada juga berpendapat mengatakan disini wujudnya teknologi angkasa lepasa yang cuba dirahsiakan.

Apa yang membingungkan mereka yang pernah bekerja di kawasan ini juga sareaeolah-olah telah diprogramkan untuk tidak berkata apa-apa yang berkaitan dengan area 51. Malahan ahli keluarga mereka juga tidak mengetahui apakah pekerjaan sebenar ahli keluarga mereka disitu.

Namun begitu pihak kerajaan Amerika mendakwa kawasan tersebut merupakan kawasan tentera yang digunakan untuk menguji pesawat-pesawat baru yang berteknologi tinggi. CEO Lockhead pembuat pesawat tentera di Amerika menjelaskan bahawa teknologi yang terdapat disitu 50 tahun lebih maju daripada zaman ini. Apabila diminta untuk menghuraikan lebih detail dia hanya mengatakan no komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...